Akaun simpanan asas untuk semua keperluan perbankan harian anda. BSN Basic Savings merangkumi semua keperluan asas anda.
CIRI-CIRI & KELAYAKAN
KELAYAKAN
Terbuka kepada Warganegara dan Penduduk Tetap Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. |
Terbuka kepada Akaun Individu sahaja. |
Amaun simpanan permulaan hanya RM20. |
Amaun simpanan minimum RM10 perlu dikekalkan. |
Pembukaan akaun melalui kaunter di Cawangan BSN di seluruh negara, hanya bawa Kad Pengenalan sahaja. |
CIRI-CIRI
Tiada yuran tahunan atau fi penyelenggaraan. |
Pengeluaran, deposit tunai dan cek melalui kaunter di Cawangan BSN di seluruh negara tanpa caj.1 |
Pengeluaran tunai tanpa caj di Terminal Layan Diri BSN.2 |
Pembayaran bil, pertanyaan akaun dan pemindahan dalam BSN melalui terminal layan diri BSN dan Perbankan Internet myBSN dan Aplikasi myBSN Mobile tanpa caj. |
Dua (2) pindahan Interbank GIRO melalui kaunter yang pertama dalam satu bulan pada RM0.50 setiap transaksi, dan RM2.00 bagi setiap transaksi berikut dalam bulan yang sama. |
Pindahan antara bank dan pindahan DuitNow melalui kaunter dan Perbankan Internet myBSN dan Aplikasi myBSN Mobile tanpa caj bagi transaksi bernilai sehingga RM5,000 dalam satu pindahan. Fi RM0.50 adalah terpakai bagi pindahan bernilai lebih RM5,000 dalam satu transaksi. |
Nikmati kadar 0.25% setahun atas semua baki, dikira berdasarkan baki harian. |
NOTA:
- Melalui kaunter merujuk kepada transaksi yang dibuat melalui perkhidmatan di kaunter Cawangan BSN di seluruh negara pada waktu perbankan biasa.
- Pengeluaran tunai di terminal layan diri tertakluk kepada had pengeluaran ATM BSN yang dinyatakan di bawah. Terminal layan diri merujuk kepada Mesin Teler Automatik (“ATM”), Mesin Deposit Tunai (“CDM”), dan Mesin Kitar Semula Tunai (“CRM”) yang dikendalikan oleh BSN.
HAD PENGELUARAN DI ATM BSN
Syarat Umur Pemegang Akaun | Had Pengeluaran (sehari) | Had Bilangan Transaksi (sehari) |
18 tahun ke atas | Max. RM5,000 | Max. 4 transaksi |
NOTA:
- Lihat semua kadar perbankan.
- Lihat semua fi & caj.
- Tertakluk kepada Terma & Syarat.
MOHON SEKARANG
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut