Bank Simpanan Nasional (“Bank”/“kami”) menumpukan usaha untuk memastikan perkhidmatan Perbankan Internet MyBSN selamat dan terjamin untuk pelanggan kami yang dihargai. Kami faham privasi pelanggan merupakan prioriti utama kami begitu juga kepercayaan serta keyakinan anda kepada kami. Dasar Privasi ini berkaitan dengan data peribadi anda yang dikumpulkan oleh Bank dan dirangka untuk menjelaskan beberapa prinsip Privasi yang kami patuhi dalam menyediakan platform yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai bagi khidmat perbankan dalam talian kami (“perkhidmatan tersebut”).

JENIS MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL DARIPADA ANDA

Jenis maklumat persendirian dan peribadi yang kami kumpulkan tentang anda termasuk nama, alamat, umur, jantina, dan nombor kad pengenalan serta maklumat kewangan anda seperti pendapatan, aset, lialibiliti, baki akaun dan transaksi perbankan. Anda diminta memberikan maklumat tersebut dari semasa ke semasa apabila memohon sebarang perkhidmatan atau produk kewangan BSN, atau membuat sebarang transaksi melalui myBSN.


Kegagalan memberikan maklumat tersebut boleh menyebabkan pihak Bank tidak dapat menyediakan atau meneruskan Perkhidmatan tersebut.

JENIS DATA YANG KAMI KUMPUL DARIPADA ANDA

  • Senarai Kenalan Pengguna (Untuk mengaktifkan ciri DuitNow ke Nombor Mudah Alih apabila applikasi myBSN Mobile sedang digunakan).
  • Imej (Untuk mengaktifkan fungsi Imbasan QR).

TUJUAN DATA PERIBADI ANDA DIKUMPUL

Maklumat yang dikumpulkan daripada anda secara amnya digunakan dalam perniagaan kami untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang anda mohon. Kami mempunyai hak mutlak untuk menjalankan penilaian kredit yang perlu terhadap  keperluan kewangan anda berdasarkan maklumat yang diberikan. Kami juga menggunakan maklumat yang dikumpul untuk mencegah penipuan, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk kami, dan atas budi bicara kami, ia boleh diberikan kepada anggota gabungan atau vendor pihak ketiga kami.

CAPAIAN KAKITANGAN

Maklumat anda hanya diberikan kepada kakitangan kami yang diberi kuasa serta terlatih dan berkeupayaan untuk mengendalikan maklumat anda atas dasar ada keperluan untuk mengetahui (‘need to know basis’). Setiap kakitangan yang diberi kuasa ini komited dalam memastikan maklumat anda selamat dan terjamin pada setiap masa. Mana-mana kakitangan yang gagal mematuhi dasar privasi ini akan dikenakan tindakan tatatertib.

LANGKAH KESELAMATAN

Kami komited dalam memastikan keselamatan, privasi dan kerahsiaan maklumat anda. Kami mempunyai sistem komputer dengan ciri keselamatan yang tinggi bagi melindungi dan memastikan semua maklumat disimpan dengan selamat dan sulit oleh piawaian keselamatan kami yang ketat.  Sistem kami dikawal rapi bagi memastikan maklumat anda kekal dalam sekitaran persendirian yang selamat. Kami akan menumpukan segala usaha bagi memastikan privasi semua maklumat dijaga dengan selamat walaupun tidak dapat dinafikan bahawa tiada penghantaran data melalui Internet yang boleh dijamin seratus peratus keselamatannya. Sewajarnya, kami tidak menggalakkan anda menghantar maklumat sulit atau sensitif kepada kami melalui Internet kerana kami tidak dapat menjamin keselamatan atau privasinya, melainkan dinyatakan sebaliknya.  Kami tidak boleh dipertanggungjawabkan atau bertanggungan terhadap sebarang bayaran ganti rugi atau kerugian yang anda alami, sama ada secara langsung atau tidak langsung, disebabkan maklumat tersebut dicuri, dibega, ditiru, disalahgunakan atau dicabul. Untuk maklumat lanjut mengenai langkah keselamatan kami, sila rujuk kenyataan keselamatan kami.

PERKONGSIAN MAKLUMAT

Kami tidak berkongsi dengan atau mendedahkan maklumat anda kepada mana-mana pihak ketiga atau organisasi luar sejajar dengan pematuhan ketat kami kepada Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (AIKP) dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK). Walau bagaimanapun, untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda dan memaklumkan kepada anda tentang produk dan perkhidmatan Bank yang difikirkan sesuai/bermanfaat kepada anda, maklumat anda boleh diberikan kepada vendor pihak ketiga, anggota gabungan kami dan pihak ketiga yang berkaitan bagi manfaat anda dalam penggunaan perkhidmatan dan produk kami dari semasa ke semasa.


Anda dianggap telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menggunakan, memproses dan berkongsi data peribadi anda bagi tujuan pemasaran sekiranya anda terus berurusan atau berurus niaga dengan kami. Sekiranya anda ingin menarik balik kebenaran anda atau berhasrat untuk tidak mendedahkan maklumat bukan perbankan dan maklumat bukan kewangan anda atau tidak mahu dihubungi mengenai produk dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Bank atau pihak ketiga yang lain, sila maklumkan kepada kami melalui e-mel.


Apabila sebarang maklumat anda dikongsi dengan mana-mana entiti ini, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk melindungi kerahsiaan maklumat peribadi anda.


Jika anda mendedahkan data individu lain selain anda, anda dengan ini menjamin bahawa anda telah mendapatkan kebenaran semua individu berkenaan untuk mengemukakan data mereka kepada kami bagi tujuan yang dinyatakan di atas dan bagi pendedahan kepada pihak-pihak yang dinyatakan di atas.


Selain itu, kami hanya akan mendedahkan maklumat anda jika:

  • Dikehendaki oleh undang-undang
    Bagi penjelasan di bawah undang-undang atau peraturan, agensi kerajaan atau perintah mahkamah.
  • Apabila ia melibatkan kepentingan awam
    Bagi melindungi kepentingan awam, contohnya dalam pengesanan perbuatan jenayah, dll.
  • Dikehendaki oleh Bank
    Bagi tujuan melengkapkan, mengesahkan atau mengehadkan apa-apa transaksi yang anda lakukan.
  • Apabila dibenarkan oleh anda
    Bagi memberikan penjelasan tentang rekod transaksi anda.
  • Apabila ia diberikan kepada Unit Kredit Pusat 
    Atas permintaan Bank Negara Malaysia.

KETEPATAN MAKLUMAT

Amat penting bagi kami untuk memastikan data dan maklumat anda tepat, lengkap dan dikemas kini.  Oleh yang demikian, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data yang anda berikan adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan serta data tersebut dikemas kini bagi tujuan data tersebut dikumpul dan diproses sama ada secara langsung atau tidak langsung. Untuk mengelakkan keraguan, kami dan/atau kakitangan kami atau pegawai atau ejen yang diberi kebenaran tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana data yang dikemukakan oleh anda yang tidak tepat, mengelirukan, tidak lengkap dan tidak dikemas kini.


Jika anda ingin mengakses atau memohon untuk dibuat pembetulan atau pemadaman terhadap butir-butir data peribadi anda yang disimpan oleh pihak Bank, sila lengkapkan dan hantar Borang Permintaan Akses Data atau Borang Permohonan Pembetulan Data ke alamat yang tertera di bawah. Kami boleh mengenakan caj pentadbiran yang nominal untuk akses anda kepada maklumat yang berada dalam simpanan kami.


Walau bagaimanapun, kami berhak untuk menolak dan tidak memproses sebarang permintaan yang mungkin menjejaskan keselamatan dan privasi data peribadi pihak lain serta permintaan yang tidak praktikal atau tidak dibuat dengan suci hati.

ADUAN PELANGGAN


Untuk sebarang pertanyaan, kebimbangan atau aduan berkaitan maklumat peribadi anda, sila hubungi kami di talian atau melalui e-mel seperti berikut:


Pusat Khidmat Pelanggan
Tel: 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar Negara) dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam.

E-mel:  customercare@bsn.com.my


Notis Penting:
Panggilan yang diterima selepas 10.00 malam akan dihubungkan ke Respons Suara Interaktif kami bagi:

  • Kehilangan dan kecurian kad
  • Bantuan penggunaan kad di luar negara