BSN Micro Semarak PEDi ialah satu kemudahan pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) yang ditawarkan kepada peserta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang menceburi bidang perniagaan.
KELAYAKAN
- Peserta yang berdaftar dengan PEDi.
- Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
KADAR
4.00% setahun
Dokumen yang Diperlukan
Surat pengesahan daripada PEDi mengenai pendaftaran perniagaan. |
Pelan perniagaan. |
Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah. |
Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan). |
Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini. |
Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan. |
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank. |
CARA MEMOHON
- Permohonan boleh dilakukan secara atas talian. MOHON SEKARANG.
- Panduan pengguna untuk permohonan atas talian.
- Hubungi Credit Supervisory Team kami untuk maklumat lanjut.
NOTA:
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Soalan-soalan Lazim.
- Tertakluk pada Terma & Syarat.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan kami yang terdekat untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.