• SEMARAK-BELIA
    Kembalikan keupayaan perniagaan anda

    Ciri-ciri

    • Tujuan Pinjaman: Modal Kerja dan Pembelian Aset
    • Amaun Pinjaman: Sehingga RM50,000
    • Tempoh Pinjaman: Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan
    MOHON SEKARANG
    SEMARAK-BELIA
    Kembalikan keupayaan perniagaan anda

    Ciri-ciri

    • Tujuan Pinjaman: Modal Kerja dan Pembelian Aset
    • Amaun Pinjaman: Sehingga RM50,000
    • Tempoh Pinjaman: Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan
    MOHON SEKARANG

BSN Micro Semarak-Belia ialah satu kemudahan pinjaman mikro di bawah inisiatif Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) yang ditawarkan kepada usahawan belia untuk membantu dan menyokong perniagaan.

KELAYAKAN

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd.) yang dimiliki oleh usahawan belia berusia 30 tahun dan ke bawah, iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan belia yang berdaftar seperti tersebut di atas.
  • Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Agensi/ Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

KADAR

  • 4.00% setahun

Dokumen yang Diperlukan

Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah.
Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan).

Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini.

Salinan bil elektrik dan air premis perniagaan.

Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.

CARA MEMOHON

NOTA:

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan kami yang terdekat untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.