PENJANA Tourism Financing (PTF) ialah skim pembiayaan yang ditawarkan untuk menyokong pemulihan dan pertumbuhan PMKS dalam sektor berkaitan pelancongan.
KELAYAKAN
- Usahawan yang perniagaannya berkaitan pelancongan yang disenaraikan di bawah Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 yang diterbitkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad / Syarikat Sdn. Bhd
- Dimiliki oleh Warganegara Malaysia
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk Semenanjung Malaysia atau Pihak Berkuasa / Pejabat Daerah di Sabah dan Sarawak / MOTAC (untuk homestay di bawah premis penginapan pelancong) / Pemegang Sijil Pendaftaran Homestay
- Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan
dokumen yang diperlukan
| Pemilikan Tunggal / Perkongsian | Syarikat Sdn. Bhd. |
| Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah / MOTACÂ | Salinan Diakui Sah bagi Borang 9, 24, 44, 49, M&A (atau yang sama dengannya), Sijil Pendaftaran Syarikat dengan MOTACÂ |
| Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi | Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemegang Saham / Penjamin |
| Penyata Kewangan / Penyata Akaun yang digunakan untuk tujuan percukaian (Management Account) (jika ada) | Penyata Kewangan Syarikat Beraudit / Penyata Akaun yang digunapakai untuk tujuan percukaian (Management Account) untuk 2 tahun terkini |
| Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini | Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini |
| Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank | Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank |
KADAR TETAP
3.50 % setahun
Mulakan dengan Kalkulator Pembiayaan kami
Ingin tahu amaun yang anda perlu bayar setiap bulan? Kami akan bantu anda membuat kiraan.
{{lang == 'en' ? 'Kindly enter your financing details' : 'Masukkan butiran pembiayaan anda di sini'}}
{{lang == 'en' ? ' This calculator serves as an estimate only. It is provided for illustrative purposes and is based on the accuracy of information provided. It does not constitute a quote. BSN shall not be responsible for any inaccuracies or errors resulting from the use of this calculator.' :'Kalkulator ini berfungsi sebagai anggaran sahaja. Ia disediakan untuk tujuan ilustrasi dan adalah berdasarkan ketepatan maklumat yang diberikan. Ia bukan merupakan sebut harga. BSN tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan atau kesilapan yang disebabkan oleh penggunaan kalkulator ini.'}}
CAJ BAYARAN LEWAT
Caj Bayaran Lewat akan dikenakan berdasarkan kepada Ta’widh (Ganti Rugi).
| Dalam tempoh pembiayaan | Caj Lewat Bayar tidak melebihi 1% setahun akan dikenakan ke atas amaun ansuran bulanan yang tertunggak sekiranya anda gagal membayar mana-mana bayaran ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh bermulanya pembiayaan dikeluarkan sehingga tarikh matang pembiayaan. |
| Setelah tamat tempoh pembiayaan | Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) akan dikenakan atas kegagalan membayar keseluruhan jumlah baki tertunggak selepas tempoh matang atau selepas penghakiman diperolehi, yang mana terdahulu. |
CARA MEMOHON
- Permohonan boleh dilakukan secara atas talian. MOHON SEKARANG.
- Panduan pengguna untuk permohonan atas talian.
- Hubungi Credit Supervisory Team kami untuk maklumat lanjut.
NOTA:
- Kadar Pasaran Wang Antara Bank-Bank Islam (IIMM) tertakluk pada perubahan dari semasa ke semasa.
- Lihat semua kadar perbankan.
- Lihat Jadual Ilustrasi Pembayaran Ibra’.
- Lihat Penyata Pendedahan Produk.
- Lihat Soalan Lazim.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan kami yang terdekat untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.

