PELANCARAN BSN PAY
Pelanggan yang Dihargai,
Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk mempertingkatkan pengalaman perbankan digital anda, BSN memperkenalkan BSN Pay yang akan mula tersedia pada 24 November 2026.
BSN Pay membolehkan peniaga memproses pembayaran dengan selamat dan mengakses perkhidmatan pelaporan kewangan. Aplikasi ini juga membolehkan pemegang Kad Korporat-i BSN Visa dan Kad Debit Perniagaan BSN Visa meluluskan atau menolak transaksi e-dagang melalui BSNSecure dengan mudah.
Keselamatan kewangan anda sentiasa menjadi keutamaan kami. BSN Pay dilengkapi dengan BSNSecure, iaitu Pengesahan Pelbagai Faktor (MFA), bagi memastikan data dan transaksi anda sentiasa dilindungi.
Berkuat kuasa 15 Disember 2026, pengesahan SMS OTP akan digantikan dengan BSNSecure bagi semua transaksi e-dagang.
Bagi memastikan transaksi dalam talian anda berjalan lancar, sila muat turun dan daftar BSN Pay untuk terus meluluskan atau menolak transaksi anda dengan selamat.
Cara untuk bermula
Muat turun BSN Pay melalui platform berikut:
|
Untuk panduan pendaftaran, sila layari Pautan Pintas BSN Pay atau rujuk Soalan-soalan Lazim (FAQ) BSN Pay.
Terima kasih atas sokongan berterusan anda dan kerana memilih BSN sebagai rakan perbankan anda.
24 November 2026