• BSN PAY
    Akses mudah melalui aplikasi mudah alih dan laman web menggunakan nama pengguna dan kata laluan BSNeBiz anda

    Kelayakan

    Individu atau korporat/organisasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) layak untuk menggunakan BSN Pay

    BSN PAY
    Akses mudah melalui aplikasi mudah alih dan laman web menggunakan nama pengguna dan kata laluan BSNeBiz anda

    Kelayakan

    Individu atau korporat/organisasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) layak untuk menggunakan BSN Pay

BSN Pay ialah platform serba lengkap untuk pemprosesan pembayaran, pelaporan kewangan serta pengurusan terminal dan akaun dengan efisien dan komprehensif.

PERKHIDMATAN KAMI

Pengurusan Perniagaan & Akaun

Pantau akaun korporat utama, kad sampingan, pengguna terminal, dan kebenaran sistem dengan mudah.

Kawalan Akses Pelbagai Tahap*

Tetapkan peranan khusus seperti Pentadbir Utama, Pengurus, Penyelia dan Pengguna Paparan (Viewer).

*Khusus Akaun Merchant sahaja.

Pembayaran Kad Tersepadu*

Terima pembayaran kad secara terus menggunakan ciri Bayar Dengan Kad.

*Khusus untuk Akaun Merchant sahaja.

BSNSecure*

Luluskan atau tolak transaksi e-dagang secara selamat.

*Khusus untuk Akaun Kad-i Korporat BSN Visa dan Kad Debit Perniagaan BSN Visa sahaja.

Safe Switch*

Sekat penggunaan kad dengan serta-merta dalam situasi kecemasan.

*Khusus untuk akaun Kad-i Korporat BSN Visa dan Kad Debit Perniagaan BSN Visa sahaja.

Pelaporan Kewangan Komprehensif*

Akses Sejarah Kelulusan, Sejarah Penyelesaian, dan Pertanyaan Pelarasan secara terperinci.

*Khusus untuk Akaun Merchant sahaja.

Paparan Akaun Masa Nyata

Lihat butiran kad, status akaun, dan aktiviti transaksi terkini pada bila-bila masa, di mana jua.

Permintaan Perkhidmatan Dalam Aplikasi*

Hantar serta pantau status permohonan perkhidmatan dengan mudah melalui platform.

*Khusus untuk Akaun Merchant sahaja.

BAGAIMANA CARA MENDAFTAR BSN PAY?

  1. Klik pada Pengaktifan Akaun dan pilih Ya.
  2. Masukkan nama pengguna BSNeBiz anda, sahkan Frasa Rahsia (Secret Phrase) dan masukkan kata laluan. Kemudian, masukkan Nombor Kad Perniagaan/Korporat atau ID Merchant anda untuk pengesahan.
  3. Semak dan terima Terma & Syarat, masukkan OTP SMS untuk pautan peranti (device binding) dan pilih sama ada ingin mengaktifkan akses biometrik
  4. Selepas pengaktifan selesai, log masuk untuk mula menggunakan BSN Pay.

MUAT TURUN BSN PAY

Keperluan Sistem Operasi (OS) Peranti:

  • Android: Versi 12 dan ke atas
  • EMUI: Version 13.0.0 dan ke atas

 

 

NOTA:

Pastikan peranti anda memenuhi keperluan minimum sistem pengendalian (OS).