PERKHIDMATAN DEPOSIT TUNAI ANTARA BANK MELALUI CDM DAN CRM BSN

Pelanggan yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan Deposit Tunai Antara Bank kini tersedia di semua Mesin Deposit Tunai (CDM) dan Mesin Kitar Semula Tunai (CRM) BSN.

Pelanggan kini boleh mendeposit wang tunai ke akaun Konvensional dan Islamik bank lain melalui CDM dan CRM BSN bagi akaun-akaun berikut:

  • Akaun Semasa / Akaun Simpanan
  • Kad Kredit
  • Pinjaman / Pembiayaan

Caj sebanyak RM1.00 akan dikenakan untuk setiap transaksi deposit yang berjaya.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di sini.


Terima kasih.

29 April 2026