DISKAUN IHDAN BAGI PENYELESAIAN AWAL PERJANJIAN SEWA BELI SEDIA ADA SELARASAN DENGAN PELAKSANAAN AKTA SEWA BELI (PINDAAN)
Pelanggan yang dihargai,
Selaras dengan kenyataan media bersama yang dikeluarkan pada 2 Disember 2025 oleh Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM), Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memperkenalkan diskaun ihsan bagi penyelesaian awal perjanjian sewa beli kadar tetap sedia ada, termasuk perjanjian yang mengguna pakai kaedah Rule of 78. Inisiatif ini dilaksanakan sebagai persediaan menjelang penguatkuasaan Akta Sewa Beli (Pindaan) (HPAA) dan mencerminkan komitmen kami terhadap layanan yang adil dan saksama kepada pelanggan.
Program ini akan bermula sebaik sahaja HPAA berkuat kuasa, yang dijangka pada suku pertama tahun 2026. BSN akan memberikan makluman lanjut setelah akta tersebut mula berkuat kuasa secara rasmi.
Individu serta perniagaan mikro atau kecil yang mempunyai perjanjian sewa beli kadar tetap dan/atau yang mengguna pakai kaedah Rule of 78 yang:
- Dimeterai sebelum HPAA berkuat kuasa; atau
- Dimeterai dalam tempoh kelonggaran 18 bulan yang dibenarkan di bawah akta yang dipinda; dan
- Mereka yang memilih untuk melangsaikan pembiayaan sewa beli lebih awal, iaitu pada bila-bila masa sebelum tarikh matang pembiayaan atau pinjaman.
Pada waktu penyelesaian awal dibuat, akaun hendaklah:
- Tidak tertunggak melebihi 90 hari;
- Tidak berada di bawah tindakan undang-undang atau telah dikeluarkan perintah tarik balik; dan
- Tidak berada di bawah program penstrukturan dan penjadualan semula (R&R) atau mana-mana program pengurusan hutang formal.
- Diskaun ihsan akan dikira berdasarkan ciri-ciri perjanjian sewa beli sedia ada, termasuk waktu penyelesaian awal dan struktur kadar dan akan digunakan ke atas baki bersih yang perlu dibayar. Tujuan pemberian diskaun ini adalah untuk menawarkan kaedah penyelesaian awal yang hampir selaras dengan pendekatan di bawah akta dipinda.
- Kaedah pengiraan dan jumlah diskaun ihsan mungkin berbeza mengikut bank, produk dan akan diterangkan kepada pelanggan ketika permohonan penyelesaian awal dibuat.
- Pelanggan yang memilih untuk meneruskan pembayaran mengikut jadual telah dipersetujui sehingga tamat tempoh pembiayaan tidak akan terjejas oleh perubahan ini.
Maklumat lanjut mengenai diskaun ihsan serta mekanisme pelaksanaannya akan dimaklumkan selepas Akta Sewa Beli (Pindaan) (HPAA) digazetkan.
NOTA:
- Lihat Kenyataan Media AIBIM.
- Lihat Soalan lazim Goodwill Discount BSN.