KELEBIHAN BSN AKAUN SIMPANAN ASAS
Simpanan Pendahuluan Rendah
Buka akaun dengan RM20 sahaja.
Faedah Atas Semua Baki
Kadar menarik dan pengkreditan bulanan untuk faedah yang diperoleh atas baki harian.
Cawangan di Seluruh Negara
Perkhidmatan kaunter terbanyak tersedia di seluruh negara.
Perbankan Di Kaunter
Pengeluaran tunai, deposit, dan penyata melalui kaunter BSN adalah percuma.
Mesra Dalam Talian
Perbankan dalam talian melalui saluran mobil dan internet untuk urusan yang mudah.
Kemudahan ATM & CDM
Pengeluaran tunai & penyata mini di Terminal Layan Diri BSN, tanpa caj.
Kad Debit
Pengecualian yuran pengeluaran dan yuran tahunan. Kemudahan membeli belah di lebih 29 juta perniagaan di seluruh dunia.
Mesra Warga Emas
Perkhidmatan akaun yang mesra dan mudah bagi warga emas di Cawangan BSN, termasuk keutamaan beratur.
- Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap.
- Terbuka untuk Akaun Individu bagi umur tujuh (7) tahun dan ke atas, dan sebagai Akaun Amanah bagi umur bawah tujuh (7) tahun.
- Pembukaan akaun boleh dibuat di kaunter Cawangan BSN seluruh negara.
- Dokumen yang diperlukan:
- Dokumen pengenalan pemohon.
- Pengecualian yuran pengeluaran dan tahunan bagi Kad Debit. Kad Debit ditawarkan untuk umur 13 tahun dan ke atas.
- Tiada simpanan minimum perlu dikekalkan. Keluarkan sehingga sen terakhir pada bila-bila masa.
- Keperluan simpanan:
| Kategori | Umur | Amaun Minimum Simpanan Pendahuluan |
Akaun Individu | 7 tahun & ke atas | RM20 |
Akaun Amanah | Bawah 7 tahun |
- Had Pengeluaran di Terminal Layan Diri BSN:
| Umur | Had Pengeluaran (sehari) | Had Bilangan Transaksi (sehari) |
13 - 17 tahun | Maksimum RM500 | Maksimum 3 transaksi |
18 tahun & ke atas | Maksimum RM5,000 | Maksimum 4 transaksi |
- Kadar keuntungan dikira berdasarkan baki harian:
| Baki (RM) | Kadar Faedah setahun |
Semua baki | 0.25% |
- Pengeluaran tunai, deposit tunai dan deposit cek di kaunter Cawangan BSN seluruh negara adalah percuma.1
- Tiada yuran tahunan atau yuran penyelenggaraan dikenakan.
- Pengeluaran tunai di Terminal Layan Diri BSN adalah percuma.2
- Pembayaran bil, pertanyaan akaun dan pemindahan dalam BSN melalui Terminal Layan Diri BSN, Perbankan Internet myBSN dan Aplikasi myBSN Mobile adalah percuma.
- Dua (2) pindahan pertama Interbank GIRO yang dilakukan dalam bulan yang sama melalui kaunter akan dicaj RM0.50 bagi setiap transaksi, manakala transaksi berikutnya dalam bulan sama akan dicaj RM2.00 bagi setiap transaksi.
- Pindahan antara bank, pindahan DuitNow melalui kaunter, Perbankan Internet myBSN dan Aplikasi myBSN Mobile adalah tanpa caj bagi transaksi bernilai di bawah RM5,000 dalam satu pindahan. Fi RM0.50 adalah terpakai bagi pindahan berjumlah RM5,000 ke atas dalam satu transaksi.
NOTA:
- Melalui kaunter merujuk kepada transaksi yang dibuat melalui perkhidmatan biasa di kaunter Cawangan BSN seluruh negara pada waktu perbankan biasa.
- Pengeluaran tunai di terminal layan diri tertakluk kepada had pengeluaran ATM BSN yang dinyatakan di atas. Terminal layan diri merujuk kepada Mesin Teler Automatik (“ATM”), Mesin Deposit Tunai (“CDM”), dan Mesin Kitar Semula Tunai (“CRM”) yang dikendalikan oleh BSN.
Lihat semua kadar perbankan.
Tertakluk kepada terma & syarat.
Pengiraan faedah bagi Akaun Simpanan Asas:
Senario: Peletakan deposit bagi bulan Januari dalam tahun bukan lompat.
1 – 12 Januari: baki RM10,000
13 – 20 Januari : baki RM20,000 (pelanggan mendeposit tambahan RM10,000 pada 13 Januari)
21 – 31 Januari : baki RM15,000 (pelanggan mengeluarkan RM5,000 pada 21 Januari)
Formula: Amaun Deposit Prinsipal x Kadar Efektif x (Tempoh dalam hari / 365 atau 366 hari)
Bagi tempoh sehingga 12 Januari, faedah harian terakru adalah seperti berikut:
RM10,000 x 0.25% x (1/365) = RM0.07 sehari
Maka perolehan faedah = RM0.07 x 12 hari = RM0.84
Bagi tempoh sehingga 20 Januari, faedah harian terakru adalah seperti berikut:
RM20,000 x 0.25% x (1/365) = RM0.14 sehari
Maka perolehan faedah = RM0.14 X 8 hari = RM1.12
Bagi tempoh sehingga 31 Januari, faedah harian terakru adalah seperti berikut:
RM15,000 x 0.25% x (1/365) = RM0.10 sehari
Maka perolehan faedah = RM0.10 X 11 hari = RM1.10
Faedah dibayar pada 31 Januari adalah bersamaan dengan jumlah perolehan dalam bulan:
Faedah bagi bulan Januari = RM0.84 + RM1.12 + RM1.10 = RM3.06
Nota: Ilustrasi dibundarkan ke sen terdekat.
Penafian:
Ilustrasi ini bertujuan sebagai panduan sahaja. Segala maklumat adalah untuk anggaran dan tujuan ilustrasi sahaja. BSN tidak bertanggungjawab atau mempunyai liabiliti atas sebarang kerugian yang mungkin timbul daripada keputusan yang anda buat berdasarkan penggunaan kalkulator.
Kunjungi cawangan kami
Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut

