SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 4
Pelanggan yang dihormati,
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan dibuat seperti ketetapan berikut:
TARIKH PEMBAYARAN | JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
Mulai 18 Oktober 2025 | Sedia ada |
|
Mulai 21 Oktober 2025 |
|
Pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun bank:
- Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.
- Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui Perbankan Internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.
Bayaran secara tunai:
- Bayaran secara tunai pula akan dilakukan mengikut tarikh yang telah dijadualkan di seluruh Cawangan BSN.
- Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
- Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.
Semak status kelayakan dan maklumat lanjut melalui cara-cara berikut:
- Imbas kod QR
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747
Terima kasih.
14 Oktober 2025