#HiBella
Untuk keselesaan anda, BSN memperkenalkan akaun rasmi Bella@WhatsApp. Komunikasi bersama BSN kini lebih mudah dan pantas, semuanya di hujung jari anda.


Imbas kod QR di bawah jika anda melihat melalui telefon mudah alih anda.

soalan-soalan lazim (faq)
Anda boleh menghubungi kami dengan cara klik pada ikon atau pautan WhatsApp yang tersedia di laman web kami di www.bsn.com.my
Melalui Perbankan WhatsApp BSN, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan BSN, melihat kempen atau promosi terkini, mencari lokasi cawangan atau ATM, membuat pertanyaan umum, dan banyak lagi, dengan mudah – semuanya di hujung jari anda.
Sila ambil maklum bahawa Perbankan WhatsApp BSN ini disediakan khusus bagi pertanyaan umum sahaja. Oleh yang demikian, perkongsian dokumen melalui saluran ini mungkin tidak disokong.
Tidak, tiada bayaran atau caj yang dikenakan oleh BSN ke atas anda apabila berinteraksi dengan Perbankan WhatsApp BSN.
Ya, semua komunikasi Perbankan WhatsApp BSN adalah dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung bagi memastikan data anda kekal selamat dan terpelihara. Namun, bagi keselamatan anda, sila pastikan anda tidak berkongsi sebarang maklumat sensitif seperti nombor pengenalan diri atau butiran transaksi semasa berinteraksi dengan Perkhidmatan Perbankan WhatsApp BSN.
Ambil maklum bahawa penggunaan Perbankan Whatsapp BSN juga adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat AI Chatbot BSN, Terma dan Syarat Capaian serta Polisi Privasi, yang terdapat di laman web BSN di www.bsn.com.my.
Anda boleh menghubungi kami melalui Perbankan WhatsApp BSN pada bila-bila masa – perkhidmatan kami tersedia 24/7 untuk membantu anda apabila anda memerlukan.
Ya, anda boleh mengakses Perbankan WhatsApp BSN meskipun anda bukan pemegang akaun BSN. Perkhidmatan tersebut tersedia untuk menjawab sebarang soalan berkenaan produk dan perkhidmatan kami.
Anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan kami di talian 1-300-88-1900 atau 03-2613 1900 (luar negara) atau e-mel kepada kami di customercare@bsn.com.my
Tidak, perkhidmatan live chat tidak tersedia melalui Perbankan WhatsApp BSN buat masa ini. Untuk mendapatkan bantuan lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui Pusat Perhubungan Pelanggan kami di talian 1-300-88-1900 atau 03 2613 1900 (luar negara) atau e-mel kepada kami di customercare@bsn.com.my.
NOTA:
Perbualan ini tertakluk kepada Terma dan Syarat Chatbot AI BSN yang memastikan interaksi anda selamat dan dilindungi selaras dengan undang-undang dan garis panduan yang berkenaan. Sebelum anda meneruskan untuk berinteraksi dengan Chatbot, sila baca Terma dan Syarat dengan teliti.