Program Tanpa Tunai yang diperkenalkan oleh (BSN) menggalakkan perbelanjaan pintar, pengurusan wang yang bertanggungjawab dan celik kewangan melalui pengalaman tanpa tunai dalam kehidupan sebenar.

OBJEKTIF

  • Menjadikan kaedah pembayaran di kantin sekolah, kedai buku dan kedai koperasi tanpa tunai.
  • Membimbing murid mengurus wang dengan bijak melalui pemantauan simpanan dan perbelanjaan sejak awal usia.
Dengan pelaksanaan program ini, murid sekolah boleh menggunakan Kad Debit Visa BSN atau Kad Murid sebagai kaedah pembayaran, tanpa perlu menggunakan wang tunai.
Sekolah Rendah Tanpa TunaiSekolah Menengah Tanpa Tunai
Terbuka kepada murid berumur 7 hingga 12 tahun.Terbuka kepada murid berumur 13 hingga 18 tahun.
Pembayaran tanpa tunai menggunakan Kad Murid.

Pembayaran tanpa tunai menggunakan Kad Debit BSN. Kad Debit yang dipautkan kepada akaun simpanan anda dan disertakan dengan Visa payWave untuk transaksi tanpa sentuh.

Layari Kad Debit BSN VISA.

Mengajar asas pengurusan kewangan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan sambil memperkenalkan pembayaran digital.Membina kemahiran kewangan yang lebih kukuh dan mempersiapkan murid untuk kehidupan dewasa dengan penggunaan kad debit dan pengurusan kewangan.
Segala perbelanjaan boleh dipantau melalui aplikasi khas yang disediakan untuk program ini.Murid boleh memantau semua perbelanjaan dan belajar pengurusan kewangan melalui Perbankan Internet myBSN.

APA YANG SAYA DAPAT DENGAN MENYERTAI PROGRAM INI?

  • Akaun Simpanan - Sertai program ini dengan hanya RM10 untuk buka akaun simpanan dan nikmati pulangan sehingga 2.15%, sambil menambah simpanan anda dengan selamat.
  • Kad Peribadi - Murid Sekolah Rendah yang mendaftar dalam Program ini akan menerima Kad Murid yang dipersonalisasikan dengan nama dan gambar mereka.
  • Program Celik Kewangan melalui DELIMa  - Kini boleh diakses melalui platform DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia). Program ini dibangunkan bagi memperkasakan pengetahuan dan kemahiran kewangan dalam kalangan murid, seiring dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital. Terdapat dua tahap modul yang telah disediakan iaitu:
    • Modul Celik Kewangan Sekolah Rendah
    • Modul Celik Kewangan Sekolah Menengah

Apakah kelebihan Program ini?

  • Tanpa perlu membawa tunai - Tidak perlu menyediakan duit kecil.
  • Lebih Selamat - Transaksi tanpa tunai memberi perlindungan dan pengesahan data.
  • Pantas dan senang - Transaksi hanya mengambil masa 3 saat.
  • Penyemakan urusniaga - Setiap transaksi akan direkod.

MOHON SEKARANG

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Tinggalkan butiran andaTinggalkan butiran anda dengan kami dan kami akan hubungi anda
Hantar Butiran