• DON'T WORRY CREDIT SHIELD AND DON'T WORRY BEREAVEMENT
    Perlindungan terjamin

    Ciri-ciri

    • Kadar Sumbangan: Dihitung pada kadar bulanan sebanyak RM0.30 untuk setiap RM100 daripada baki tertunggak (pada tarikh bil)

    • Jumlah Dilindungi: Anda atau keluarga anda akan dilindungi sehingga maksimum RM100,000

    MOHON SEKARANG
    DON'T WORRY CREDIT SHIELD AND DON'T WORRY BEREAVEMENT
    Perlindungan terjamin

    Ciri-ciri

    • Kadar Sumbangan: Dihitung pada kadar bulanan sebanyak RM0.30 untuk setiap RM100 daripada baki tertunggak (pada tarikh bil)

    • Jumlah Dilindungi: Anda atau keluarga anda akan dilindungi sehingga maksimum RM100,000

    MOHON SEKARANG

DON’T WORRY CREDIT SHIELD

Don’t Worry Credit Shield ialah pelan insurans yang membayar baki kad kredit utama anda yang belum dijelaskan sehingga maksimum RM100,000 apabila berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (HUMK). Dengan pelan ini, anda boleh mempunyai ketenangan minda kerana orang yang tersayang akan terlepas daripada bebanan kewangan tambahan pada masa yang sukar.

BERAPAKAH PREMIUM YANG PERLU SAYA BAYAR?

Anda hanya perlu membayar RM0.30 bagi setiap RM100 baki yang belum dijelaskan dalam penyata kad kredit utama anda. Contohnya, jika penyata bulanan kad kredit anda mempunyai baki yang belum dijelaskan sebanyak RM1,000, premium yang dicaj bagi bulan itu ialah RM3. Dalam erti kata lain, tiada premium akan dicaj jika baki penyata bulanan ialah sifar!

DAPATKAN PERLINDUNGAN TAMBAHAN DENGAN DON’T WORRY BEREAVEMENT  

Anda boleh gabungkan Don’t Worry Credit Shield bersama Don’t Worry Bereavement dengan tambahan RM6 sahaja setiap bulan. Pelan Don’t Worry Bereavement menyediakan manfaat perkabungan sebanyak RM3,000 bagi membantu mengurangkan beban perbelanjaan pengebumian jika anda meninggal dunia.

CARA MEMOHON

Pelan Don’t Worry Credit Shield dan Don’t Worry Bereavement disediakan untuk semua Pemegang Utama Kad Kredit BSN yang memiliki kad konvensional. Anda cuma perlu lengkapkan Borang Permohonan dan hantar menerusi:

E-mel:
cardservices@bsn.com.my

atau

Fax:
03-2688 0888

atau

Pos:
Cards Business & CRM Department,
Bank Simpanan Nasional, First Floor, Block A,
117 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur.