• BSN MYHOME-i (HARTANAH KEDIAMAN)
    Miliki kediaman idaman anda dengan mudah

    Kelayakan

    • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas (berumur tidak lebih 70* tahun semasa tempoh pembiayaan tamat)
    • Dengan bukti pembelian hartanah atau memiliki hartanah
    • Mempunyai pendapatan tetap dan mampu membuat pembayaran ansuran
    • Hartanah terletak dalam kawasan MF 6¹ ke atas
    • Hartanah dalam Pembinaan dan Hartanah Siap Dibina

    Konsep Syariah

    Konsep Syariah yang digunapakai bagi produk ini adalah Tawarruq (Murabahah Komoditi) yang melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urusniaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan serta-merta.

    Mohon Sekarang
    BSN MYHOME-i (HARTANAH KEDIAMAN)
    Miliki kediaman idaman anda dengan mudah

    Kelayakan

    • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas (berumur tidak lebih 70* tahun semasa tempoh pembiayaan tamat)
    • Dengan bukti pembelian hartanah atau memiliki hartanah
    • Mempunyai pendapatan tetap dan mampu membuat pembayaran ansuran
    • Hartanah terletak dalam kawasan MF 6¹ ke atas
    • Hartanah dalam Pembinaan dan Hartanah Siap Dibina

    Konsep Syariah

    Konsep Syariah yang digunapakai bagi produk ini adalah Tawarruq (Murabahah Komoditi) yang melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urusniaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan serta-merta.

    Mohon Sekarang

BSN MyHome-i (Hartanah Kediaman) membantu anda memiliki kediaman idaman anda pada kadar keuntungan yang rendah untuk memenuhi keperluan kewangan anda.

CIRI & KELEBIHAN

  • Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau umur tidak lebih daripada 70 tahun* pada penghujung tempoh pembiayaan (mengikut mana yang dahulu).
  • Sehingga 95% pembiayaan (tertakluk pada Terma & Syarat) bergantung pada harga pembelian daripada pemaju (termasuk MRTT).
  • Mudah memohon - disediakan di semua Cawangan Utama BSN di seluruh negara.
  • Saluran pembayaran mudah:
    1. Cawangan BSN di seluruh negara
    2. Arahan Tetap / Akaun Simpanan
    3. Giro Antara Bank (IBG)

TUJUAN PEMBIAYAAN

  • Untuk hartanah kediaman yang masih dalam pembinaan
  • Untuk hartanah yang telah siap dibina atau yang dibeli daripada pemilik (subjualan)
  • Untuk pembiayaan semula hartanah yang sedia ada

PAKEJ YANG DITAWARKAN

  • BSN MyHome-i (Hartanah Kediaman).
  • BSN MyHome-i (Pakej CES)
  • BSN MyHome-i (Kemudahan Pembiayaan Semula)
  • BSN MyHome-i (Kemudahan Pengeluaran Semula)
  • BSN MyHome-i (Step-Up)

    *Tertakluk pada Terma dan Syarat

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 

*Penjamin: jika diperlukan, dokumennya adalah sama seperti Pemohon.

  • Salinan Kad Pengenalan (pemohon / pemohon bersama)
  • Slip Gaji - asal dan salinan untuk tiga (3) bulan terkini 
  • Penyata Bank untuk 3 bulan terkini
  • Penyata Bank untuk 6 bulan terkini (pendapatan lain)
  • Penyata KWSP terkini
  • Surat Pengesahan Majikan
  • Borang J / Pengisytiharan Cukai Pendapatan terkini
  • Salinan Perjanjian Jual Beli dan / atau dokumen hartanah
  • Salinan Laporan Penilaian (bagi pembelian hartanah) daripada panel penilai yang berdaftar dengan Bank
  • Penyata Bank Organisasi bagi tempoh enam (6) bulan
  • Penyata Kewangan Organisasi untuk dua (2) tahun terkini yang disahkan oleh Badan Audit
  • Borang B/BE & Resit LHDN
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM)
  • Memorandum & Tataurusan Persatuan (M&A) / Borang 24, Borang 44 & Borang 49
  • Resolusi Lembaga Pengarah

PAKEJ YANG DITAWARKAN

Pakej

Butiran

Pakej Cagaran Kedua

Khas untuk Kakitangan Kerajaan dan Agensi Kerajaan lain yang layak mendapat pembiayaan perumahan. 

Sebagai pembiayaan tambahan, sekiranya pembiayaan sedia ada tidak mencukupi. 

Pakej 2 Generasi

Pembiayaan bersama  yang terdiri daripada 2 generasi  ibu dan/atau bapa dan anak (masih di institusi pengajian dan berumur 21 tahun ke atas).

Nikmati tempoh pembiayaan yang lebih lama.

Anak yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Diploma dan ke atas serta akan tamat pengajian dalam tempoh tiga (3) tahun.

Ibu bapa berpendapatan tetap/stabil untuk tempoh lima (5) tahun lagi.

PAKEJ PEMBIAYAAN PERUMAHAN-i KAKITANGAN KORPORAT 

Pelan pembiayaan ini merupakan kerjasama antara BSN dengan Majikan yang menyediakan kemudahan untuk kakitangan.

PAKEJ KEMUDAHAN PEMBIAYAAN SEMULA

Biaya semula kediaman anda untuk mendapat dana tambahan antara nilai semasa pembiayaan perumahan dengan nilai semasa hartanah.

PAKEJ KEMUDAHAN PENGELUARAN SEMULA

Anda dibenar untuk mengeluarkan amaun lebihan bayaran yang dibuat ke atas jumlah ansuran bulanan terkumpul.
*Tertakluk pada Terma dan Syarat

PAKEJ STEP-UP

Memberikan anda kemudahan alternatif pembayaran bulanan bagi pembiayaan perumahan anda.
*Tertakluk pada Terma dan Syarat

MAKLUMAT PEMBIAYAAN

Kadar KeuntunganDari KAS + 0.90% setahun
Kadar Pembiayaan Tanpa TakafulTambahan 0.15% terhadap kadar keuntungan di atas
Amaun Pembiayaan

RM50,000 dan ke atas

Tempoh PembiayaanSehingga 35 tahun

Mulakan dengan Kalkulator Pembiayaan kami

Ingin tahu amaun yang anda perlu bayar setiap bulan? Kami akan bantu anda membuat kiraan.

{{lang == 'en' ? 'Kindly enter your financing details' : 'Masukkan butiran pembiayaan anda di sini'}}

{{results[0] }}
{{lang == 'en' ? 'Disclaimer :' : 'Penafian :'}}
{{lang == 'en' ? ' This calculator serves as an estimate only. It is provided for illustrative purposes and is based on the accuracy of information provided. It does not constitute a quote. BSN shall not be responsible for any inaccuracies or errors resulting from the use of this calculator.' :'Kalkulator ini berfungsi sebagai anggaran sahaja. Ia disediakan untuk tujuan ilustrasi dan adalah berdasarkan ketepatan maklumat yang diberikan. Ia bukan merupakan sebut harga. BSN tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ketidaktepatan atau kesilapan yang disebabkan oleh penggunaan kalkulator ini.'}}

CAJ BAYARAN LEWAT

Caj Bayaran Lewat akan dikenakan berdasarkan kepada Ta’widh (Ganti Rugi).

Dalam tempoh pembiayaan Caj Lewat Bayar tidak melebihi 1% setahun akan dikenakan ke atas amaun ansuran bulanan yang tertunggak sekiranya anda gagal membayar mana-mana bayaran ansuran bulanan dalam tempoh yang ditetapkan dari tarikh bermulanya pembiayaan dikeluarkan sehingga tarikh matang pembiayaan.
Setelah tamat tempoh pembiayaan Kadar Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam (IIMM) akan dikenakan atas kegagalan membayar keseluruhan jumlah baki tertunggak selepas tempoh matang atau selepas penghakiman diperolehi, yang mana terdahulu.

FI & CAJ

  • PENYELESAIAN AWAL
    Anda boleh membuat penyelesaian awal untuk keseluruhan pembiayaan pada bila-bila masa dengan mengemukakan notis secara bertulis kepada Bank.
  • DUTI SETEM
    Dokumen Utama - Caj Duti Setem adalah secara ad valorem.
    Dokumen-dokumen lain – RM 10.00

NOTA:

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.