• BSN EDUSAVE-i
    Simpanan kecil membuka peluang besar

    Manfaat

    • Nikmati kadar keuntungan yang lebih tinggi berbanding simpanan biasa
    • Kemudahan transaksi dengan pilihan Kad Debit (bagi umur 13 dan ke atas)
    • Bonus sehingga 10% atas keuntungan yang diperoleh
    • Simpanan serendah RM50
    Mohon Sekarang
    BSN EDUSAVE-i
    Simpanan kecil membuka peluang besar

    Manfaat

    • Nikmati kadar keuntungan yang lebih tinggi berbanding simpanan biasa
    • Kemudahan transaksi dengan pilihan Kad Debit (bagi umur 13 dan ke atas)
    • Bonus sehingga 10% atas keuntungan yang diperoleh
    • Simpanan serendah RM50
    Mohon Sekarang

Pendidikan sebagai anugerah terhebat anda.

Pendidikan merupakan asas kepada peluang dan penerokaan, membuka ruang kepada pelbagai potensi demi masa depan yang lebih cerah.

Mula menyimpan sejak awal bukan sekadar menambah dana; dengan BSN EduSave-i, anda turut memupuk harapan dan cita-cita anak anda.

Daripada yuran pengajian hingga keperluan harian, setiap ringgit yang anda simpan membantu membina laluan ke arah masa depan gemilang anak anda.

KOS PENDIDIKAN TINGGI – APA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN

Apabila anak anda menghampiri penghujung persekolahan, fasa baharu menanti – peralihan yang menarik ke pendidikan tinggi. Peralihan ini merupakan peristiwa penting yang penuh peluang, pertumbuhan dan pengalaman baharu. Tetapi sebelum langkah itu diambil, satu persoalan utama timbul: adakah anda bersedia dari segi kewangan?

Mari kita tengok beberapa kos yang harus dipertimbangkan untuk mulakan perjalanan ini:

Yuran Pendidikan Awam: Kos Program sarjana muda di institusi pengajian awam (IPTA) adalah di antara RM2,000 – RM10,000 atau lebih setiap tahun, bergantung kepada kursus.

Yuran Pendidikan Swasta: Perancangan pendidikan premium di institusi pendidikan swasta (IPTS) dan institusi pendidikan antarabangsa merupakan pilihan yang menarik untuk diterokai bagi anak anda, namun memerlukan perancangan rapi.

Kos program seperti AUSMAT atau A-Levels dijangka melebihi RM30,000 secara keseluruhan dan memerlukan simpanan dari awal lagi.

Penginapan: Institusi tertentu seperti IPTA mungkin menawarkan sewaan asrama dari RM660 untuk tempoh dua semester.

Namun, kos sewa dan penginapan dijangka lebih tinggi jika anda memilih institusi pendidikan swasta atau antarabangsa.

Perbelanjaan Hidup: Apabila anak anda meninggalkan pangkuan keluarga, mereka akan menghadapi realiti kos sara hidup harian – daripada makanan, pakaian dan juga pengangkutan. Ini boleh menjadi kejutan dari segi kewangan jika mereka tidak bersedia.

Perbelanjaan asas bulanan untuk kehidupan yang sederhana dianggarkan dari RM927 di kawasan luar bandar dan RM1,423 di kawasan bandar.

Sumber: DOSM Cost of Living Indicators, 2023

LIHATLAH BETAPA SIMPANAN KECIL BERTAMBAH BESAR! (SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT!)

Bagi kanak-kanak sehingga umur 12 tahun, BSN EduSave-i ditawarkan dengan tempoh sehingga 5 tahun, dengan bonus atas keuntungan sebanyak 10%, sebagai ganjaran untuk usaha menyimpan anda. Mari kita lihat potensi perkembangan simpanan dengan hanya RM50 sebulan:
TahunBaki Hujung Tahun (RM)
Jika anda simpan RM50 sebulan
Baki Hujung Tahun (RM)
Jika anda simpan RM200 sebulan
1605.362,421.54
21,220.714,883.03
31,846.227,385.13
42,482.049,928.88
53,128.3612,514.24

Walaupun RM50 merupakan simpanan minimum, anda boleh menyimpan seberapa banyak yang anda ingin setiap bulan, dan seberapa kerap yang diingini. Menerima bonus bagus? Kerjaya makin meningkat? Sediakan sedikit dana tambahan untuk meningkatkan simpanan anak anda. Dengan EduSave-i, semakin banyak anda menyimpan dari awal, semakin banyak potensi pulangan yang anda peroleh, kerana keuntungan di atas simpanan terakru berdasarkan baki harian dalam akaun BSN EduSave-i.

Mari kita lihat perbandingan EduSave-i, yang mempunyai 1.50% keuntungan setahun serta 10% bonus atas keuntungan setiap tahun, dengan akaun simpanan biasa yang membayar pulangan pada kadar 0.25% setahun:
Akaun Simpanan BiasaBSN EduSave-i
TahunBaki Hujung Tahun (RM)
Jika anda simpan RM50 sebulan
Baki Hujung Tahun (RM)
Jika anda simpan RM50 sebulan
Baki Hujung Tahun (RM)
Jika anda simpan RM200 sebulan
1600.79 (+0.79)605.36 (+5.36)2,421.54 (+21.54)
21,202.36 (+1.57)1,220.71 (+15.35)4,883.03 (+61.49)
31,804.71 (+2.35)1,846.22 (+25.51)7,385.13 (+102.10)
42,407.84 (+3.13)2,482.04 (+35.82)9,928.88 (+143.75)
53,011.75 (+3.91)3,128.36 (+46.32) 12,514.24 (+185.36)

Penafian: Keuntungan dikira berdasarkan kadar semasa pada November 2025. Kalkulator ini hanya sebagai panduan, dan segala maklumat di dalamnya adalah untuk tujuan anggaran dan ilustrasi sahaja. BSN tidak terima apa-apa tanggungjawab atau liabiliti untuk apa-apa kerugian yang mungkin timbul daripada keputusan yang anda buat berdasarkan penggunaan kalkulator ini.

JAMINKAN MASA DEPAN MEREKA HARI INI!

Mulakan perjalanan persiapan untuk pendidikan tinggi anak anda dari sekarang. Dengan usaha menyimpan dalam BSN EduSave-i anak anda, terdapat banyak cara ia memberi manfaat kepada mereka dan anda sebagai ibu bapa atau penjaga:

Simpanan Mampu Milik

Bermula dengan RM50 sebulan dan simpan sebanyak mana yang diingini!

Perkembangan Jangka Panjang

Dengan kadar keuntungan menarik dan bonus atas keuntungan, simpanan anak anda boleh berkembang dan mengekalkan nilai semasa.

Kemudahan Ditakrifkan Semula

Umur 13 dan ke atas layak untuk Perbankan Internet myBSN dan Aplikasi myBSN Mobile, untuk kemudahan pemantauan dan pengurusan akaun.

Kemudahan Akses Wang Anda

Keluarkan duit bila-bila masa diperlukan.

Sekuriti Kewangan

Pastikan pendidikan tinggi anak anda bermula tanpa halangan kewangan.

Mengajar Disiplin Kewangan

Ajar anak anda kepentingan menyimpan untuk masa depan yang lebih selesa.

Jangan tunggu – Pendidikan tidak menantikan sesiapa. Mulakan perjalanan simpanan anak anda dengan BSN EduSave-i dan lihat bagaimana kasih sayang anda boleh menjadi kejayaan mereka!

BSN EduSave-i adalah berlandaskan konsep Syariah Tawarruq (Murabahah Komoditi)
Tawarruq melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urusniaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan lani (langsung).

CIRI-CIRI & KELAYAKAN

  • Akaun individu sahaja.
  • Patuh Syariah.
  • Kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun hingga lapan belas (18) tahun (kemasukan terakhir pada umur tujuh belas (17) tahun).
  • Terbuka untuk Warganegara Malaysia dan Pemastautin Tetap.

KELAYAKAN SIMPANAN

Minimum simpanan permulaanRM50
Minimum simpanan bulananRM50*
Maksimum simpanan bulananTiada had
Minimum simpanan perlu dikekalkanRM10

CIRI-CIRI

Kadar KeuntunganKadar Keuntungan Menarik**
Bonus atas Keuntungan
  • 5% bonus untuk tempoh sehingga (3) tahun
  • 10% bonus untuk tempoh lima (5) tahun
Pilihan TempohSatu (1), Tiga (3), atau Lima (5) Tahun
Pengeluaran
  • Dibenarkan
  • Boleh dibuat di mesin ATM*** dan mana-mana Cawangan BSN di seluruh negara
Kad Debit (pilihan)Terbuka bagi umur tiga belas (13) tahun hingga lapan belas (18) tahun****
NOTA:

*Deposit minimum adalah RM50 setiap peletakan dan sebarang peletakan bawah RM50 tidak dibenarkan.

**Pengiraan kadar keuntungan akan ditukar ke kadar keuntungan GIRO-i jika pelanggan gagal membuat simpanan bulanan sebanyak lebih dari tiga (3) kali dalam tempoh dua belas (12) bulan.

*** Terpakai untuk ahli kad Kad Debit sahaja.

**** Fi dan caj bagi Kad Debit akan terpakai.

DOKUMEN PENGENALAN DIPERLUKAN

  • Kanak-kanak: Sijil Lahir/ MyKid

  • Ibubapa/ Penjaga : MyKad

NOTA:

MOHON SEKARANG

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi cawangan kami yang terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut

Tinggalkan butiran andaTinggalkan butiran anda dengan kami dan kami akan hubungi anda
Hantar Butiran