Polisi Pendedahan Maklumat diwujudkan sebagai panduan kepada setiap kakitangan dan pihak ketiga (“Pemberi Maklumat”) yang mempunyai hubungan perniagaan dengan Bank Simpanan Nasional (“Bank”) untuk mendedahkan sebarang maklumat penyelewengan, menyalahi undang-undang, tidak beretika dan sebarang kesalahan yang boleh membawa kepada Kelakuan Tidak Wajar.

POLISI

“Kelakuan Tidak Wajar” merupakan tingkah laku dan / atau amalan yang tidak wajar, tidak beretika atau menyalahi undang-undang oleh Bank atau kakitangannya, yang jika terbukti merupakan kesalahan tatatertib dan / atau jenayah seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang, peraturan, Kod Etika BSN dan / atau kontrak kerja atau perjanjian, mengikut mana-mana yang berkenaan. Tingkah laku ini merangkumi tetapi tidak terhad kepada:

  1. Rasuah, jenayah dan / atau tindakan menyalahi undang-undang yang telah, sedang atau berkemungkinan akan dilakukan.
  2. Seseorang kakitangan telah gagal, enggan atau cuai dalam mematuhi mana-mana polisi dan prosedur dalaman dan / atau undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan mana kakitangan tersebut dikenakan.
  3. Apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) yang telah, sedang atau mungkin akan disembunyikan secara sengaja supaya tidak diketahui.
  4. Keadaan di mana pekerja terlibat dalam sesuatu yang bertentangan dengan kewajipan, tugasan dan mempunyai percanggahan kepentingan terhadap BSN.
  5. Apa-apa tindakan lain yang boleh menyebabkan bahaya besar kepada BSN dan / atau mana-mana kakitangannya.

SALURAN PENDEDAHAN MAKLUMAT

Kepada siapa aduan patut dikemukakan?

  • Pengurusan Aduan Integriti (ICM)

JAWATANKUASA MENILAI MAKLUMAT

Tanggungjawab Utama

  • Memudahkan proses siasatan awal dan memberikan perlindungan sewajarnya kepada pemberi maklumat.
  • Memberikan cadangan yang diperlukan sama ada aduan yang dibuat oleh pemberi maklumat wujud atau sebaliknya.
  • Keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa mesti berdasarkan keputusan majoriti. 

MEMBUAT LAPORAN

Cara Untuk Membuat Laporan

  • Cetak Borang Aduan di sini.
  • Lengkapkan Borang Aduan. 
  • Serahkan kepada Pengurusan Aduan Integriti (ICM).
  • Penerimaan disahkan oleh Pengurusan Aduan Integriti (ICM). 

PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB

Hantar aduan/maklumat salah laku anda melalui salah satu saluran di bawah:

Saluran lain


 +6019 2558 538
  
Emel / Surat kepada Pegawai yang Dilantik seperti di bawah

Individu yang didakwa / TertuduhPegawai yang ditetapkan
Emel (Salinan Lembut)Surat (Salinan Fizikal)
Kakitangan BSN
(selain yang dinyatakan di bawah)

Ketua Pegawai Integriti & Governans (CIGO)
whistleblowing_CIGO@bsn.com.my


atau


Pegawai Integriti & Governans (IGO)
whistleblowing_igu@bsn.com.my

Dialamatkan kepada:


[Nama Pegawai Yang Ditetapkan]
Wisma Bank Simpanan Nasional
117 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Malaysia

Ketua Jabatan

Ketua Pegawai Integriti & Governans (CIGO)
whistleblowing_CIGO@bsn.com.my

  • Ketua Pegawai Operasi (COO)
  • Ketua Pegawai Perniagaan (CBO)
  • Ketua Pegawai Kewangan (CFO)
  • Ketua Pegawai Modal Insan (CHCO)

Ketua Eksekutif (CE)
whistleblowing_CE@bsn.com.my


atau


Ketua Pegawai Integriti & Governans (CIGO)
whistleblowing_CIGO@bsn.com.my

Ketua Pegawai Integriti & Governans (CIGO)

Ketua Eksekutif (CE)
whistleblowing_CE@bsn.com.my

Ketua Eksekutif (CE)

Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Audit (BAC)
whistleblowing_BAC@bsn.com.my

Mana-mana Ahli Lembaga Pengarah

Ketua Unit Integriti, Kementerian Kewangan (MOF)
aduan.integriti@mof.gov.my


Dialamatkan kepada:


Ketua Unit Integriti
Unit Integriti (UI)
Aras 3, Blok Utara, Perbendaharaan 2
Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

Sila kemukakan laporan whistleblowing terhadap individu yang didakwa kepada hanya satu (1) Pegawai Yang Ditetapkan yang sesuai melalui emel atau alamat surat-menyurat yang disediakan. Jangan hantar laporan yang sama kepada beberapa Pegawai Yang Ditetapkan bagi mengelakkan pertindihan.

Sekiranya anda ingin mengetahui tentang Polisi Pendedahan Maklumat, sila klik di sini untuk maklumat lanjut.