PENGECUALIAN YURAN RM1 UNTUK PENGELUARAN ANTARA BANK

Pelanggan yang dihormati,

Berkuat kuasa 1 Julai 2026, BSN akan mengecualikan yuran RM1 bagi transaksi pengeluaran tunai antara bank pada terminal layan diri kami termasuklah Mesin Juruwang Automatik (ATM) dan Mesin Kitar Semula Tunai (CRM) untuk semua pemegang kad debit Malaysia.

Pelanggan boleh menikmati pengeluaran tunai di mana-mana 14,000 ATM atau CRM yang dikendali bank-bank di seluruh negara tanpa perlu membayar sebarang yuran pengeluaran antara bank, tanpa mengira bank mana yang mengeluarkan kad debit mereka.

Kami juga menggalakkan pelanggan menggunakan perkhidmatan perbankan digital yang lancar dan selamat seperti perbankan dalam talian, pembayaran menggunakan kad dan DuitNow QR untuk transaksi harian anda.


Terima kasih.

19 Jun 2026