PERALIHAN DARIPADA OTP SMS KEPADA BSNSECURE (MFA)

Pelanggan yang dihargai,

Mulai 15 Disember 2026, BSN akan beralih daripada pengesahan SMS OTP kepada BSNSecure (Pengesahan Pelbagai Faktor), yang hanya tersedia melalui Aplikasi BSN eWallet.

Peralihan ini akan memperkukuh keselamatan dan melindungi pemegang kad dengan lebih baik daripada penipuan kewangan.

Bagi memastikan transaksi dalam talian anda kekal selamat dan tidak terganggu, anda perlu memuat turun dan mendaftar Aplikasi BSN eWallet untuk melakukan transaksi e-dagang menggunakan BSNSecure.

Nota: Ini tidak terpakai bagi pemegang Kad-i Korporat BSN Visa dan Kad Debit Perniagaan BSN Visa.

Aplikasi BSN eWallet juga membolehkan anda:

  • Menguruskan kad anda pada bila-bila masa, di mana sahaja.
  • Menebus Happy Rewards.
  • Menikmati ciri-ciri interaktif eksklusif.

Untuk panduan pendaftaran, sila layari Pautan Pintas BSN eWallet dan rujuk Soalan Lazim BSN eWallet.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan BSN di +603 2613 1900.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda.