PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN PERBANKAN ISLAM BSN JENGKA DI PAHANG

Tuan/Puan,

Berikutan kakitangan kami yang telah disahkan positif COVID-19, Cawangan Perbankan Islam BSN Jengka di Pahang akan ditutup sementara bagi proses sanitasi pada:

6 Mei 2021 (Khamis) sehingga 19 Mei 2021 (Rabu)


Walau bagaimanapun, Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) beroperasi seperti biasa pada 8 Mei 2021 (Sabtu) pukul 2.00 petang.

Kami memahami situasi pelanggan pada waktu yang mencabar ini. Sebagai alternatif, sila kunjungi Cawangan BSN Jerantut. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.



Terima kasih.

6 Mei 2021