PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN BSN TENOM DI SABAH
Tuan/Puan,
Berikutan pendedahan kakitangan kami kepada orang luar yang telah disahkan positif COVID-19, Cawangan BSN Tenom di Sabah ditutup sementara bagi proses sanitasi pada:
| 30 Disember 2020 (Rabu) sehingga 12 Januari 2021 (Selasa) |
Sehubungan itu, segala operasi termasuk Mesin Juruwang Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) di cawangan ini akan dihentikan buat sementara waktu.
Kami memahami situasi pelanggan pada waktu yang mencabar ini. Sebagai alternatif, sila kunjungi Cawangan BSN Keningau. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.
Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.
Terima kasih.
30 Disember 2020