PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN BSN TAPAH DI PERAK
Tuan/Puan,
Berikutan pendedahan kakitangan kami kepada orang luar yang telah disahkan positif COVID-19, Cawangan BSN Tapah di Perak ditutup sementara bagi proses sanitasi pada:
| 29 Januari 2021 (Jumaat) sehingga 11 Februari 2021 (Khamis) |
Walau bagaimanapun, operasi Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) di cawangan ini akan beroperasi semula pada 30 Januari 2021 (Sabtu) pada pukul 11.00 pagi.
Kami memahami situasi pelanggan pada waktu yang mencabar ini. Sebagai alternatif, sila kunjungi Cawangan BSN Bidor. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.
Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.
Terima kasih.
28 Januari 2021