PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN BSN TAMAN MALURI DI KUALA LUMPUR

Tuan/Puan,

Berikutan kakitangan kami yang telah disahkan positif COVID-19, penutupan sementara Cawangan BSN Taman Maluri di Kuala Lumpur dilanjutkan bagi proses sanitasi pada:

15 Januari 2021 (Jumaat) sehingga 19 Januari 2021 (Selasa)


Walau bagaimanapun, Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) di cawangan ini masih beroperasi seperti biasa.

Kami memahami situasi pelanggan pada waktu yang mencabar ini. Sebagai alternatif, sila kunjungi Cawangan Perbankan Islam BSN Pandan Jaya atau Cawangan BSN Kampung Pandan. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.

 

Terima kasih.

14 Januari 2021