PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN BSN TAMAN INDAH BALAKONG DI SELANGOR

Tuan/Puan,

Berikutan kakitangan kami yang telah disahkan positif COVID-19, Cawangan BSN Taman Indah Balakong di Selangor akan ditutup sementara mulai 16 April 2021 (Jumaat) sehingga 29 April 2021 (Khamis) bagi proses sanitasi.

Cawangan BSNCawangan BSN Alternatif
Cawangan BSN Taman Indah Balakong di Selangor
  • Cawangan BSN Kajang
  • Cawangan BSN Taman Sri Serdang

Walau bagaimanapun, operasi Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) beroperasi seperti biasa.

Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.

Terima kasih.

15 April 2021