PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN BSN TAMAN DAYA DI JOHOR

Tuan/Puan,

Berikutan kakitangan kami yang telah disahkan positif COVID-19, Cawangan BSN Taman Daya di Johor ditutup sementara bagi proses sanitasi pada:

20 Januari 2021 (Rabu) sehingga 2 Februari 2021 (Selasa)


Walau bagaimanapun, operasi Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) beroperasi seperti biasa.

Kami memahami situasi pelanggan pada waktu yang mencabar ini. Sebagai alternatif, sila kunjungi Cawangan BSN Johor Jaya atau Cawangan BSN Ulu Tiram. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.

 

Terima kasih.

19 Januari 2021