PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN BSN TAMAN DAHLIA DI JOHOR
Tuan/Puan,
Berikutan pendedahan kakitangan kami kepada orang luar yang telah disahkan positif COVID-19, Cawangan BSN Taman Dahlia di Johor ditutup sementara bagi proses sanitasi pada:
| 21 Januari 2021 (Khamis) sehingga 3 Februari 2021 (Rabu) |
Walau bagaimanapun, operasi Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) beroperasi seperti biasa.
Kami memahami situasi pelanggan pada waktu yang mencabar ini. Sebagai alternatif, sila kunjungi Cawangan BSN Taman Sri Bahagia atau Cawangan Perbankan Islam BSN Bandar Baru Uda. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.
Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.
Terima kasih.
21 Januari 2021