PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN BSN SIBU DI SARAWAK
Tuan/Puan,
Berikutan kakitangan kami yang telah disahkan positif COVID-19, Cawangan BSN Sibu di Sarawak ditutup sementara bagi proses sanitasi pada:
| 18 Januari 2021 (Isnin) sehingga 31 Januari 2021 (Ahad) |
Sehubungan itu, segala operasi termasuk Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) di cawangan ini akan dihentikan buat sementara waktu.
Kami memahami situasi pelanggan pada waktu yang mencabar ini. Sebagai alternatif, sila kunjungi Cawangan BSN Sibujaya. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.
Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.
Terima kasih.
17 Januari 2021