PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN UTAMA NEGERI BSN PULAU PINANG
Tuan/Puan,
Berikutan kakitangan kami yang telah disahkan positif COVID-19, Cawangan Utama Negeri BSN Pulau Pinang ditutup sementara bagi proses sanitasi pada:
| 28 Mei 2021 (Jumaat) |
Walau bagaimanapun, Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) beroperasi seperti biasa.
Kami memahami situasi pelanggan pada waktu yang mencabar ini. Sebagai alternatif, sila kunjungi Cawangan BSN Leboh Bishop dan Cawangan BSN Jelutong. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN bagi keperluan perbankan anda.
Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.
Terima kasih.
27 Mei 2021