PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN BSN

Tuan/Puan,

Berikutan kakitangan kami yang telah disahkan positif COVID-19 serta pendedahan kakitangan kami kepada orang luar yang telah disahkan positif COVID-19, Cawangan BSN berikut ditutup sementara bagi proses sanitasi:

Cawangan BSNCawangan BSN AlternatifTarikh Penutupan Cawangan
  1. Cawangan Perbankan Islam BSN Bandar Baru Sungai Buloh di Selangor
  1. Cawangan BSN Saujana Utama
  2. Cawangan BSN Taman Subang Perdana
31 Mei 2021 (Isnin) -
13 Jun 2021 (Ahad)
  1. Cawangan BSN Jerantut di Pahang
  1. Cawangan Perbankan Islam BSN Jengka
31 Mei 2021 (Isnin) -
13 Jun 2021 (Ahad)
  1. Cawangan Utama Negeri BSN Pulau Pinang
  1. Cawangan BSN Leboh Bishop
  2. Cawangan BSN Jelutong
31 Mei 2021 (Isnin) -
1 Jun 2021 (Selasa)
*Penutupan dilanjutkan

Walau bagaimanapun, Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) beroperasi seperti biasa. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN bagi keperluan perbankan anda.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.

Terima kasih.

30 Mei 2021