PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN BSN
Tuan/Puan,
Berikutan pendedahan kakitangan kami kepada orang luar yang telah disahkan positif COVID-19 di Cawangan Perbankan Islam BSN Jengka di Pahang dan Cawangan BSN Jalan Sentul di Kuala Lumpur, cawangan-cawangan ini ditutup sementara mulai 25 Januari 2021 (Isnin) sehingga 7 Februari 2021 (Ahad) bagi proses sanitasi.
| Cawangan BSN | Cawangan BSN Alternatif |
| Cawangan Perbankan Islam BSN Jengka di Pahang | Cawangan BSN Jerantut |
| Cawangan BSN Jalan Sentul di Kuala Lumpur |
|
Walau bagaimanapun, operasi Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) beroperasi seperti biasa.
Pelanggan digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.
Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.
Terima kasih.
24 Januari 2021