PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN BSN

Tuan/Puan,

Berikutan kakitangan kami yang telah disahkan positif COVID-19, Cawangan BSN ditutup sementara bagi proses sanitasi:

Cawangan BSNCawangan BSN AlternatifTarikh Penutupan Cawangan
  1. Cawangan BSN Setiu di Terengganu
  1. Cawangan BSN Kuala Besut
18 Mei 2021 (Selasa) -
31 Mei 2021 (Isnin)
  1. Cawangan BSN Pendang di Kedah
  1. Cawangan BSN Kota Sarang Semut

18 Mei 2021 (Selasa) -
23 Mei 2021 (Ahad)
*Penutupan dilanjutkan

Walau bagaimanapun, Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) beroperasi seperti biasa. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN bagi keperluan perbankan anda.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.

Terima kasih.

17 Mei 2021