PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN BSN DI UTC PUDU DI KUALA LUMPUR

Tuan/Puan,

Berikutan pendedahan kakitangan kami kepada orang luar yang telah disahkan positif COVID-19, Cawangan BSN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu di Kuala Lumpur ditutup sementara bagi proses sanitasi pada:

18 Februari 2021 (Khamis) sehingga 3 Mac 2021 (Rabu)


Walau bagaimanapun, operasi Mesin Teler Automatik (ATM) beroperasi seperti biasa.

Kami memahami situasi pelanggan pada waktu yang mencabar ini. Sebagai alternatif, sila kunjungi Cawangan BSN Leboh Ampang. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.

Terima kasih.

17 Februari 2021