PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN BSN

Tuan/Puan,

Berikutan pendedahan kakitangan kami kepada orang luar yang telah disahkan positif COVID-19 di Cawangan Perbankan Islam BSN Bandar Baru Perda di Pulau Pinang, cawangan ini ditutup sementara mulai 7 April 2021 (Rabu) sehingga 20 April 2021 (Selasa) bagi proses sanitasi.

Cawangan BSNCawangan BSN Alternatif
Cawangan Perbankan Islam BSN Bandar Baru Perda di Pulau Pinang
  • Cawangan BSN Bukit Mertajam
  • Cawangan BSN Seberang Jaya

Walau bagaimanapun, operasi Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) beroperasi seperti biasa.

Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.

Terima kasih.

6 April 2021