Penutupan Sementara Cawangan BSN Alamesra Di Sabah
Tuan/Puan,
Berikutan salah seorang kakitangan kami yang telah disahkan positif COVID-19, Cawangan BSN Alamesra di Sabah ditutup sementara bagi proses sanitasi pada:
| 3 Disember 2020 (Khamis) sehingga 16 Disember 2020 (Rabu) |
Walau bagaimanapun, operasi Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) di cawangan ini akan beroperasi semula pada 6 Disember 2020 (Ahad) pada pukul 10.00 pagi.
Kami memahami situasi pelanggan pada waktu yang mencabar ini. Sebagai alternatif, sila kunjungi Cawangan Utama Negeri BSN Kota Kinabalu Sabah, Cawangan Perbankan Islam BSN Jalan Gaya atau Cawangan BSN Inanam. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.
Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.
Terima kasih.
2 Disember 2020