PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN BSN BELAGA DI SARAWAK
Tuan/Puan,
Berikutan pendedahan kakitangan kami kepada orang luar yang telah disahkan positif COVID-19, Cawangan BSN Belaga di Sarawak ditutup sementara bagi proses sanitasi pada:
| 23 April 2021 (Jumaat) sehingga 6 Mei 2021 (Khamis) |
Walau bagaimanapun, Mesin Teler Automatik (ATM) beroperasi seperti biasa.
Kami memahami situasi pelanggan pada waktu yang mencabar ini. Sebagai alternatif, sila kunjungi Cawangan BSN Bintulu. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.
Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.
Terima kasih.
22 April 2021