PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN BANTING DI SELANGOR

Tuan/Puan,

Berikutan pendedahan kakitangan BSN kepada pembekal perkhidmatan kami yang telah disahkan positif COVID-19, Cawangan BSN Banting di Selangor ditutup sementara bagi proses sanitasi pada:

30 April 2021 (Jumaat) sehingga 13 Mei 2021 (Khamis)


Walau bagaimanapun, operasi Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) beroperasi seperti biasa.

Kami memahami situasi pelanggan pada waktu yang mencabar ini. Sebagai alternatif, sila kunjungi Cawangan BSN Dengkil. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.



Terima kasih.

29 April 2021