PENUTUPAN SEMENTARA CAWANGAN PERBANKAN ISLAM BSN BANDAR BARU UDA DI JOHOR

Tuan/Puan,

Berikutan pendedahan pembekal perkhidmatan kami kepada kepada orang luar yang telah disahkan positif COVID-19, Cawangan Perbankan Islam BSN Bandar Baru Uda di Johor ditutup sementara bagi proses sanitasi pada:

6 Mei 2021 (Khamis) sehingga 19 Mei 2021 (Rabu)


Walau bagaimanapun, Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) beroperasi seperti biasa.

Kami memahami situasi pelanggan pada waktu yang mencabar ini. Sebagai alternatif, sila kunjungi Cawangan Utama Negeri BSN Johor atau Cawangan Perbankan Islam BSN Larkin Jaya. Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.

Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.



Terima kasih.

6 Mei 2021