AKTIVITI PENYELENGGARAAN BERJADUAL PERKHIDMATAN PERBANKAN BSN
Pelanggan yang dihargai,
BSN akan menjalankan penyelenggaraan sistem berjadual bagi meningkatkan keselamatan dan prestasi perkhidmatan. Sehubungan itu, beberapa perkhidmatan akan tergendala buat sementara seperti berikut:
Tarikh | Masa | Perkhidmatan Tergendala |
24 Oktober 2025 (Jumaat) hingga 26 Oktober 2025 (Ahad) | 10:45 malam hingga 6:00 pagi (31 jam 15 minit) |
|
25 Oktober 2025 (Sabtu) | 12:00 tengah malam hingga 6:30 pagi (6 jam 30 minit) |
|
26 Oktober 2025 (Ahad) | 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi (6 jam) |
Nota: Transaksi Kad Kredit BSN di mesin pembayaran di kedai/premis tidak terjejas dan berfungsi seperti biasa. Kami faham kepentingan akses tanpa gangguan. Untuk kelancaran urusan anda, sila rancang dan selesaikan transaksi penting lebih awal sebelum tempoh penyelenggaraan bermula.
Terima kasih atas kesabaran dan kefahaman anda.
14 Oktober 2025Â
SOALAN-SOALAN LAZIM
umum
Aktiviti penyelenggaraan sistem akan dijalankan dari Jumaat, 24 Oktober 2025 jam 10:45 malam hingga Ahad, 26 Oktober 2025 jam 6:00 pagi.
Kami memilih waktu ini supaya gangguan kepada urusan perbankan anda adalah seminimum mungkin.
Kami sedang menaik taraf sistem bagi memastikan pengalaman pembayaran kad anda lebih lancar, selamat dan mudah.
Penyelenggaraan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan BSN untuk memberikan pengalaman perbankan yang terbaik buat anda.
Jangan bimbang, hanya beberapa perkhidmatan terpilih akan tergendala buat sementara waktu.
Senarai penuh perkhidmatan yang terlibat dikongsikan dalam jadual di bawah agar anda dapat merancang dengan lebih mudah.
Tarikh | Masa | Perkhidmatan Tergendala |
24 Oktober 2025 (Jumaat) hingga 26 Oktober 2025 (Ahad) | 10:45 malam hingga 6:00 pagi (31 jam 15 minit) |
|
25 Oktober 2025 (Sabtu) | 12:00 tengah malam hingga 6:30 pagi (6 jam 30 minit) |
|
26 Oktober 2025 (Ahad) | 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi (6 jam) |
KAD DEBIT
Maaf, buat sementara waktu Kad Debit BSN anda tidak boleh digunakan semasa penyelenggaraan sistem dijalankan.
Untuk elakkan sebarang kesulitan, sila selesaikan urusan penting anda sebelum penyelenggaraan bermula. Sebaik sahaja kerja penyelenggaraan selesai, anda boleh guna semula Kad Debit BSN seperti biasa.
Terima kasih atas kesabaran anda sementara kami lakukan penambahbaikan bagi memberikan pengalaman perbankan yang lebih baik untuk anda.
Jangan risau, kami sedia membantu. Jika kad anda hilang atau dicuri, sila hubungi Pusat Perhubungan BSN di 03-2613 1900 untuk mendapatkan bantuan segera.
kad kredit
Ya, boleh. Kebanyakan perkhidmatan masih boleh digunakan seperti biasa. Hanya sebahagian kecil perkhidmatan seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas sahaja yang akan terjejas semasa aktiviti penyelenggaraan ini.
Namun, kami galakkan anda menyelesaikan sebarang urusan penting sebelum penyelenggaraan bermula untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Tidak akan terjejas. Transaksi Kad Kredit BSN di mesin Point-of-Sale (POS) akan berfungsi seperti biasa. Anda masih boleh membuat bayaran di kedai atau premis tanpa sebarang gangguan.
Ya, anda masih boleh menggunakan Kad Kredit BSN untuk pembelian dalam talian — tetapi hanya bagi transaksi yang tidak memerlukan kod 6 digit (BOSS Code) yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon berdaftar anda.
Untuk sementara waktu, transaksi dalam talian yang memerlukan pengesahan BOSS Code tidak akan dapat dilakukan semasa tempoh penyelenggaraan.
Sebaik sahaja penyelenggaraan selesai, anda boleh teruskan semula pembelian dalam talian seperti biasa.
Jangan risau, kami sedia membantu. Jika kad anda hilang atau dicuri, sila hubungi Pusat Perhubungan BSN di 03-2613 1900 untuk mendapatkan bantuan segera.
lain-lain
Sepanjang tempoh penyelenggaraan, perkhidmatan ATM dan CDM tidak dapat digunakan buat sementara waktu. Bagi memudahkan urusan anda, kami sarankan supaya pengeluaran atau pemindahan wang dibuat lebih awal.
Kami menggalakkan anda untuk merancang urusan perbankan anda lebih awal sebelum 24 Oktober 2025. Langkah kecil ini boleh membantu anda mengelakkan sebarang gangguan pada aktiviti perbankan harian anda.
Ya, sudah tentu. Kami akan memaklumkan anda lebih awal melalui saluran rasmi BSN seperti:
- Laman Web BSN
- Media Sosial Rasmi BSN
- Perbankan Internet myBSN (Notifikasi Pop-up Banner)
- Aplikasi myBSN Mobile (Pemberitahuan Automatik)
- Poster di cawangan BSN
Dengan cara ini, anda akan sentiasa dimaklumkan lebih awal sebelum sebarang aktiviti penyelenggaraan dijalankan.
Kami akan berkongsi maklumat terkini melalui saluran rasmi BSN, termasuk laman web BSN dan media sosial, sebaik sahaja semua perkhidmatan kembali beroperasi seperti biasa.