PENGEMASKINIAN TERMA DAN SYARAT BAGI KAD DEBIT BSN VISA
Ahli Kad yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa terma dan syarat bagi Kad Debit BSN Visa telah dikemas kini.
Terma dan syarat terkini adalah seperti di bawah:
| No. Klausa | Sedia ada | Kemas kini |
| 1.1 | “Junior” Merujuk kepada Ahli Kad yang berumur di antara 7 dan 12 tahun yang mempunyai Akaun dengan Bank. | Dimansuhkan. |
| 15.14 | Bank boleh melalui notis bertulis dan/atau apa-apa bentuk pemberitahuan kepada Ahli Kad dalam tempoh tujuh (7) hari sebelumnya menggabungkan atau menyatukan semua atau mana-mana akaun Ahli Kad dengan Bank untuk penolakan atau memindahkan apa-apa wang yang ada dalam kredit akaun Ahli Kad dengan Bank walau apa jua jenisnya dan di mana sahaja berada untuk tujuan pengurangan dan/atau pelepasan apa-apa jumlah yang perlu dibayar kepada Bank di bawah Perjanjian ini. | Kecuali untuk Yuran dan Caj yang dinyatakan di bawah Klausa 13.1, Bank boleh melalui notis bertulis dan/atau apa-apa bentuk pemberitahuan kepada Ahli Kad dalam tempoh tujuh (7) hari sebelumnya menggabungkan atau menyatukan semua atau mana-mana akaun Ahli Kad dengan Bank untuk penolakan atau memindahkan apa-apa wang lain yang ada dalam kredit akaun Ahli Kad dengan Bank walau apa jua jenisnya dan di mana sahaja berada untuk tujuan pengurangan dan/atau pelepasan apa-apa jumlah yang perlu dibayar kepada Bankdi dibawah Perjanjian ini. |
Terma dan syarat baharu ini akan berkuat kuasa pada 20 April 2023 untuk pelanggan sedia ada dan baharu.
Klik di sini untuk terma dan syarat terkini.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.
Terima kasih.
31 Mac 2023