Di BSN, kami komited untuk memastikan ketenangan minda anda semasa melakukan urusan perbankan dalam talian. Namun, anda juga memainkan peranan yang penting dalam melindungi peranti dan maklumat dalam talian anda. Berikut adalah amalan terbaik yang perlu diambil kira semasa melakukan perbankan dalam talian.
LAKUKAN (DO’S)
- Taip secara manual alamat URL yang betul: www.bsn.com.my atau www.mybsn.com.my.
- Sahkan sijil keselamatan laman web dengan klik ikon kunci di sebelah URL untuk memastikan ia milik rasmi BSN.
- Pastikan laman web mempunyai ikon mangga atau alamat bermula dengan “https://” sebagai tanda ia selamat.
- Sahkan imej keselamatan anda sebelum masukkan kata laluan.
- Gunakan kata laluan yang kukuh (8–16 aksara alfanumerik) dan tukar kata laluan setiap beberapa bulan. Jika anda rasa kata laluan telah dikompromi, hubungi kami segera untuk menukarnya.
- Baca dengan teliti maklumat perkhidmatan yang memerlukan TAC sebelum anda masukkan nombor TAC tersebut.
- Semak aktiviti transaksi akaun dan penyata bank anda secara berkala. Lapor kepada pihak bank segera sekiranya terdapat transaksi yang tidak sah.
- Log keluar dari myBSN sebaik sahaja anda selesai membuat transaksi sebelum melayari laman web lain.
- Kosongkan cache pelayar setiap kali selepas log keluar untuk keselamatan tambahan.
JANGAN LAKUKAN (DON’Ts)
- Jangan balas sebarang panggilan telefon/SMS/e-mel yang meminta maklumat akaun bank anda atau mengarahkan anda untuk melakukan transaksi atau menukar butiran akaun. Pihak bank dan organisasi sah tidak akan meminta maklumat sebegini melalui saluran tersebut.
- Jangan dedahkan maklumat akaun bank, nombor kad ATM, PIN atau kata laluan perbankan internet anda kepada sesiapa. Maklumat ini adalah rahsia dan bertujuan untuk melindungi privasi akaun anda.
- Jangan guna fungsi "ingat kata laluan" pada pelayar web anda kerana ia mudah diakses oleh penggodam.
- Jangan log masuk jika imej keselamatan yang dipaparkan di perbankan internet bukan imej pilihan anda.
- Jangan kongsi ID pengguna dan kata laluan perbankan internet anda dengan sesiapa.
- Jangan kongsi nombor OTP dengan pihak ketiga atau balas sebarang permintaan OTP melalui telefon, SMS atau media sosial.
- Jangan klik pada pautan yang mencurigakan dalam SMS atau mesej WhatsApp daripada nombor tidak dikenali.
- Jangan pasang aplikasi atau fail APK daripada sumber tidak rasmi. Pastikan anda hanya memuat turun aplikasi daripada platform rasmi seperti App Store atau Google Play.
ELAK (AVOID)
- Elakkan mengakses akaun sensitif melalui rangkaian awam yang tidak selamat.
- Elakkan menggunakan kata laluan yang mengandungi nama, inisial atau tarikh lahir anda.