BSN MYRINGGIT-i BANJIR

Pelanggan yang dihormati,

BSN menawarkan kemudahan BSN MyRinggit-i Banjir, pembiayaan peribadi bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

BSN MyRinggit-i Banjir menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM10,000 pada kadar 0% untuk tempoh pembiayaan 3.5 tahun termasuk moratorium (rehat bayaran) 6 bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan.

Mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui laman web rasmi BSN, www.bsn.com.my mulai 27 Disember 2021.

Bagi pemohon yang mempunyai masalah atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi Cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan.

Dokumen yang diperlukan semasa permohonan adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan bil elektrik rumah yang terjejas
  • Surat pengesahan daripada Pegawai Daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas

Pihak BSN akan memaklumkan status permohonan melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Pemohon boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi BSN.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan di talian 1300-88-1900.

 

Terima kasih.

26 Disember 2021