BERWASPADA TERHADAP PENIPUAN KEWANGAN
Pelanggan yang dihormati,
Penipuan kewangan kini sangat membimbangkan terutamanya kepada industri perbankan disebabkan oleh peningkatan modus operandi dan trend penipuan kewangan yang semakin canggih.
Pelanggan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan berwaspada dengan melindungi maklumat perbankan akaun peribadi anda daripada disalahgunakan oleh penjenayah penipuan kewangan.
Akaun anda mungkin akan digantung untuk tujuan semakan dan siasatan sekiranya didapati mencurigakan atau disyaki terlibat dengan sebarang penipuan kewangan. Pelanggan juga berisiko untuk disoal siasat oleh agensi penguatkuasa yang boleh membawa kepada pembekuan akaun, perintah sitaan, perlucuthakan harta dan pendakwaan kerana terlibat dengan jenayah penipuan kewangan.
Rujuk terma dan syarat produk kami melalui laman sesawang BSN, www.bsn.com.my.
Sekiranya terdapat sebarang transaksi mencurigakan melibatkan akaun peribadi anda, hubungi 1300-88-1900 atau +603 2613 1900 (Overseas), atau e-mel kepada customercare@bsn.com.my.
Terima kasih.
2 Mac 2023