TEMPOH KEMPEN
1 Mei 2025 - 30 Jun 2025
KAD YANG LAYAK
Semua Ahli Kad Utama Kad Kredit/-i BSN
TAWARAN
Nikmati kebebasan membeli-belah mengikut cara anda — dan dapatkan ganjaran daripadanya! Dengan Pelan 0% EasyPay BSN, anda berpeluang memenangi sehingga RM1,000 pulangan tunai:
Pulangan Tunai | Bagaimana untuk menyertai |
RM300 x 60 pemenang | Lakukan transaksi EPP dengan jumlah minimum RM5,500 untuk 36 bulan |
RM200 x 60 pemenang | Lakukan transaksi EPP dengan jumlah minimum RM4,500 untuk 24 bulan |
RM100 x 60 pemenang | Lakukan transaksi EPP dengan jumlah minimum RM2,500 untuk 12 bulan |
Hadiah Bonus – Pulangan Tunai RM1,000!
Nak lebih lagi? Jadilah antara 6 pemegang kad teratas dengan bilangan transaksi EPP tertinggi sepanjang tempoh kempen dan menangi pulangan tunai RM1,000 sebagai Hadiah Bonus!
Ketahui lebih lanjut tentang Pelan 0% EasyPay BSN di sini.
TERMA & SYARAT
- Pemegang Kad boleh memilih tempoh pelan ansuran bulanan dari enam (6) bulan hingga tiga puluh enam (36) bulan seperti yang ditetapkan oleh Peniaga Sah. Pembelian produk adalah tertakluk kepada had kredit yang tersedia dalam akaun kad kredit Pemegang Kad.
- Pulangan Tunai akan diberikan atas dasar yang pertama didahulukan, sehingga kehabisan dana yang diperuntukkan. Jumlah Pulangan Tunai adalah dihadkan kepada 30 Ahli Kad setiap bulan untuk setiap kategori kecuali Hadiah Bonus.
- Pemenang untuk Hadiah Bonus akan dipilih berdasarkan kepada 6 Ahli Kad teratas dengan jumlah transaksi EPP tertinggi (mana-mana pelan/ tempoh), dengan minimum RM2,000 bagi setiap transaksi, sepanjang Tempoh Kempen.
- Untuk terma dan syarat penuh, klik di sini.