PENAMATAN PERKHIDMATAN PERBANKAN SMS

Pelanggan yang dihormati,

Perkhidmatan Perbankan SMS akan dimansuhkan berkuat kuasa 9 Disember 2022.

Anda digalakkan untuk mendaftar Perbankan Internet myBSN bagi memenuhi keperluan perbankan harian yang menawarkan perkhidmatan berikut:

  • Semakan Akaun
  • Pemindahan Dana – Antara Bank GIRO / Pindahan Segera melalui DuitNow
  • Pembayaran Bil
  • Tambah Nilai Prabayar
  • Pembelian PIN
  • Simpanan BSN e-SSP
  • Pengurusan Akaun
  • Muat Turun e-Penyata

Daftar Perbankan Internet myBSN di sini.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 atau lawati www.bsn.com.my.

Terima kasih.

5 Disember 2022