• DISASTER RELIEF FACILITY (DRF)
    Bagi meringankan beban kewangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir

    Ciri-ciri

    • Tujuan Pinjaman: Pembaikian dan/atau penggantian aset untuk kegunaan perniagaan yang telah rosak akibat banjir dan Modal Kerja
    • Amaun Pinjaman: Sehingga RM75,000
    • Tempoh Pinjaman: Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan
    MOHON SEKARANG
    DISASTER RELIEF FACILITY (DRF)
    Bagi meringankan beban kewangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir

    Ciri-ciri

    • Tujuan Pinjaman: Pembaikian dan/atau penggantian aset untuk kegunaan perniagaan yang telah rosak akibat banjir dan Modal Kerja
    • Amaun Pinjaman: Sehingga RM75,000
    • Tempoh Pinjaman: Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulanan
    MOHON SEKARANG

BSN Micro DRF ialah kemudahan pinjaman mikro yang ditawarkan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir dan terletak di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai kawasan bencana banjir.

KELAYAKAN

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd).
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam).
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Agensi / Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

KADAR

  • 3.50% setahun

Dokumen yang Diperlukan

Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah.
Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi / semua Pengarah / Pemegang Saham / Penjamin (jika berkenaan).

Surat Pengesahan daripada Pegawai Daerah / JKKK / Laporan Polis berkenaan premis perniagaan yang terjejas.

Salinan bil elektrik premis perniagaan yang terjejas.

Penyata Akaun Bank untuk 6 bulan terkini.

Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank.

CARA MEMOHON

NOTA:

Kunjungi cawangan kami

Kunjungi Pusat Pembiayaan Perniagaan kami yang terdekat untuk maklumat lanjut ATAU muat turun Borang Permohonan DI SINI.