PENUKARAN PRODUK DEPOSIT ISLAMIK BERASASKAN QARD KEPADA TAWARRUQ

Pelanggan yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa semua produk deposit yang berasaskan kontrak Qard akan ditukarkan kepada konsep Tawarruq berkuat kuasa pada 01 Mac 2021.

Produk-produk yang terlibat dalam penukaran ini adalah seperti berikut:

  • BSN GIRO-i*
  • BSN GIRO-i Akaun Syarikat
  • BSN GIRO-i eSaver
  • BSN Basic Savings-i

*Nota: Termasuk semua skim BSN MyFirst, BSN Smart Junior (BSJ) dan Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP).

Berikut adalah perkara-perkara yang penting dalam penukaran ini:

  • Tiada kesan ke atas baki akaun anda.
  • Tiada tindakan yang perlu dilakukan dari pihak anda.
  • Semua fungsi dan perkhidmatan berkaitan seperti nombor akaun, Kad Debit BSN (Islamik), akses nombor PIN Kad Debit BSN (Islamik) dan akses perbankan internet, tidak akan terjejas dan kekal sama untuk kemudahan anda.
  • Tiada caj atau yuran dikenakan ke atas akaun anda.
  • Kadar keuntungan yang telah ditetapkan dan akan dibayar kepada anda.
  • Deposit dijamin oleh Kerajaan Malaysia.

Dengan mengekalkan deposit anda bersama kami selepas penukaran ini, anda dianggap telah memberikan persetujuan dan perjanjian anda kepada pelaksanaan penukaran dan juga telah melantik Bank untuk bertindak sebagai ejen untuk melaksanakan dan melakukan semua tindakan untuk penjualan dan pembelian aset mengikut Terma dan Syarat di bawah konsep Tawarruq.

Dengan mengekalkan deposit dengan Bank, pelantikan Bank sebagai ejen kepada anda akan berterusan dan hanya akan dihentikan serentak setelah pembubaran kontrak Tawarruq antara anda dan Bank.

Klik di sini untuk melihat Soalan Lazim serta di sini untuk Terma dan Syarat produk.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan penukaran ini, sila kunjungi Cawangan BSN yang berdekatan sebelum tarikh kuat kuasa.

Untuk keterangan lanjut, layari www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900.

 

Terima kasih.

05 Februari 2021

 

Penafian:

  • Bank Simpanan Nasional merancang untuk melaksanakan penukaran kontrak Syariah pada 01 Mac 2021. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pelaksanaan penukaran ini, tarikh kuat kuasa penukaran akan dimaklumkan pada satu tarikh yang akan datang.