PENUKARAN KONSEP SYARIAH KAD KREDIT BSN ISLAMIK

Pelanggan yang dihormati,

Semua Kad Kredit BSN Islamik (“Kad Kredit-i”) yang aktif berasaskan kontrak Syariah Ujrah akan ditukar kepada konsep Syariah Tawarruq berkuat kuasa 21 Jun 2025 (“Tarikh Kuat Kuasa").

Kad Kredit-i yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Kad Kredit BSN Al-Aiman Visa/Mastercard Klasik
  • Kad Kredit BSN Al-Aiman Visa/Mastercard Emas
  • Kad Kredit BSN Al-Aiman Visa/Mastercard Platinum
  • Kad Kredit BSN-Teachers Al-Aiman Emas
  • Kad Kredit BSN G-Card Al-Aiman Visa
  • Kad Kredit BSN-UUM Al-Aiman Mastercard Emas
  • Kad Kredit BSN-UUM Al-Aiman Mastercard Platinum
  • Kad-i Korporat BSN Visa

Klik di sini untuk soalan lazim bagi aktiviti penukaran.

Dengan mengekalkan dan meneruskan penggunaan Kredit Kad-i selepas Tarikh Kuat Kuasa, pelanggan bersetuju dengan terma dan syarat di sini termasuk pelantikan BSN sebagai ejen untuk melaksanakan transaksi Tawarruq.

Sekiranya pelanggan tidak bersetuju dengan aktiviti penukaran ini dan memutuskan untuk menarik diri daripadanya, sila emel ke customercare@bsn.com.my untuk membuat pembatalan kad anda sebelum Tarikh Kuat Kuasa dan hendaklah menjelaskan keseluruhan baki tertunggak termasuk yuran pengurusan.

Aktiviti penukaran ini juga terpakai kepada Pemegang Kad Kredit-i BSN dengan Program Pengurusan Kredit di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Sebarang perubahan Tarikh Kuat Kuasa dalam pelaksanaan penukaran ini akan dimaklumkan melalui laman sesawang BSN.


Terima kasih.

30 April 2025