Penutupan Dan Perpindahan Cawangan BSN Kapit Di Sarawak
Pelanggan yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa operasi perbankan Cawangan BSN Kapit di Sarawak termasuk Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) tidak lagi beroperasi mulai 11 Disember 2020 (Jumaat) pada pukul 5.45 petang. Cawangan ini akan dipindahkan ke lokasi baharu yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Para pelanggan masih boleh mendapatkan perkhidmatan perbankan di Cawangan BSN alternatif berikut:
Cawangan BSN | Alamat | Nombor Telefon |
Cawangan BSN Song | No. 38, New Commercial Centre Song, Song, 96850, Sarawak | 084-777623 |
Cawangan BSN Kanowit | Lot 224 , Fort Emma Commercial Centre, Jalan Cinema Kanowit, 96700, Sarawak | 084-752758 |
Pelanggan juga digalakkan untuk menggunakan perbankan internet myBSN untuk keperluan perbankan anda.
Pengeluaran wang tunai boleh dibuat di semua ATM rangkaian MEPS, yang mana caj RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di semua ATM dikecualikan buat masa ini.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88- 1900.
Terima kasih.
2 Disember 2020