Bank Simpanan Nasional sangat komited dalam memastikan penyampaian produk dan perkhidmatan Perbankan Internet kepada pelanggan kami mengikut piagam pelanggan seperti yang di bawah:
KOMITMEN KEPADA OPERASI SELAMAT
Kami berusaha untuk memastikan perkhidmatan Perbankan Internet MyBSN yang digunakan oleh pelanggan kami adalah boleh dipercayai dan berada di platfom yang selamat dan terjamin. Kemudahan pengalis (firewall) dalam rangkaian komputer kami menghalang capaian tanpa izin yang boleh menjejaskan kerahsiaan butir-butir peribadi pelanggan kami. Kami juga menyediakan sekitaran stabil dan boleh dipercayai yang mematuhi proses pengesahan ketat bagi melindungi dan menjamin integriti dan privasi apa-apa transaksi pelanggan kami.
KOMITMEN KEPADA DASAR PRIVASI
Kami komited dalam memastikan data dan maklumat pelanggan kami digunakan mengikut garis panduan dan dasar yang wajar. Menyedari dan memahami kepentingan privasi kepada anda, kami memastikan maklumat peribadi dan kewangan anda tidak akan dapat dikongsi oleh mana-mana pihak tanpa izin dengan cara yang menyalahi undang-undang atau tanpa kebenaran. Kami sentiasa menjaga dan melindungi maklumat anda dan maklumat lain yang diberikan kepada kami dengan dasar keselamatan kami yang ketat.
KOMITMEN KEPADA PERKHIDMATAN YANG BOLEH DIPERCAYAI & BERKUALITI
Dengan sumber kami untuk menyenggarakan perkhidmatan Perbankan Internet MyBSN , kami komited untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan boleh dipercayai. Kami telah melabur dalam sistem dan teknologi yang boleh dipercayai dan direka bentuk dengan baik serta berkemampuan memberikan secukup sokongan sekiranya sesuatu komponen gagal berfungsi. Kami juga komited dalam memastikan semua kakitangan yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan dilatih secukupnya untuk sentiasa mengkaji semula kaedah dan amalan bagi memenuhi harapan tinggi anda.
KOMITMEN KEPADA KETELUSAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN
Kami komited dalam memastikan apa-apa pendedahan maklumat berkaitan perkhidmatan dan produk kami ditangani dengan cara yang tepat pada setiap masa. Kami tidak akan melibatkan diri dalam aktiviti yang mengelirukan, menipu atau memperdaya berhubung dengan produk dan perkhidmatan yang kami sediakan. Menjadi dasar kami untuk memastikan apa-apa dan semua gambaran, kenyataan dan jaminan yang kami buat atau sediakan adalah tepat dan benar sepanjang masa.
KOMITMEN KEPADA LAYANAN SEGERA TERHADAP PERTANYAAN DAN ADUAN
Untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami, kami menggalakkan dan mengalu-alukan pertanyaan, maklum balas serta aduan supaya kami boleh menambah baik perkhidmatan kami. Walau apa pun, kami mempunyai pasukan khusus untuk mengendalikan pertanyaan anda dan menghubungi serta menyelesaikan aduan anda secepat mungkin.
Untuk pertanyaan lanjut atau aduan tentang MyBSN, sila hubungi:
Pusat Khidmat Pelanggan (24 jam)
Tel: 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar Negara)
E-mel: customercare@bsn.com.my