Berikut adalah beberapa cara untuk mengosongkan cache, bagi menjaga keselamatan anda di dalam talian!

Internet Explorer

  1. Pada paparan Internet Explorer, klik pada ikon Tools pada bahagian kanan atas skrin.

  2. Pilih Internet Options dari menu.

  3. Pada tab General, di bawah seksyen Browsing History, klik Delete.

  4. Pada paparan Delete Browsing History, tandakan pada kotak Temporary Internet Files and website files dan Cookies and website data.

  5. Klik Delete.

Mozilla Firefox

  1. Pada paparan Mozilla Firefox, klik pada butang Open menu dan pilih Options.

  2. Pilih panel Privacy & Security pada menu di bahagian kiri.

  3. Pergi ke seksyen Cookies and Site Data.

  4. Klik pada butang Clear Data dan dialog Clear Data akan muncul.

  5. Klik pada butang Clear.

  6. Pada bahagian pengesahan, klik Clear Now.

Google Chrome

  1. Pada paparan Google Chrome, tekan ikon tiga titik menegak pada bahagian kanan atas.

  2. Pergi ke Settings.

  3. Pilih Privacy and Security dari bahagian menu sisi.

  4. Klik pada Clear browsing data.

  5. Pilih data yang hendak dibuang seperti cookies, data laman, gambar cache dan fail, atau sejarah pelayaran dan tekan Clear Data.